Pernah Tular Miliki Suara Persis Dato’ Siti Nurhaliza, Layka Al Funsu Selamat Bernikah

Gadis yang memiliki suara merdu persis penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Layka Al Funsu sah bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya, Muhamad Irfan.

Difahamkan, Layka atau nama sebenarnya Siti Nurzulaikha Idrus, 22, melangsungkan pernikahan secara sederhana yang dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat di Sungai Petani, Kedah pada 15 Julai lalu.

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh akaun pereka pelamin, @geebridal melalui beberapa muat naik video sekitar majlis pernikahan di platform TikTok.

Namun begitu, terdapat segelintir netizen terutama dalam kalangan peminat seolah-olah tidak mempercayai bahawa Layka sudah selamat mendirikan rumah tangga di usia yang muda.

Ini kerana TikToker yang mempunyai 701,000 pengikut itu tidak memakai dan melukis inai di jari, selain tiada gambar mesra seperti bersentuhan dengan Muhammad Irfan.

Majlis pernikahan Layka & Irfan

@laykaaa.__

♬ original sound – Layka al funsu – Layka al funsu

Bagaimanapun, menerusi kemas kini terbaharu Layka, dia berkongsi sebuah video memaparkan koleksi gambar pernikahan yang berpegangan tangan dengan suami sekali gus mengesahkan bahawa dirinya sudah ‘dihalalkan’.

Meninjau di ruangan komen, ramai tumpang gembira atas perkahwinan pasangan mempelai itu namun tidak kurang ada juga golongan lelaki muda yang meluahkan rasa kecewa kerana Layka sudah menjadi hak milik suaminya.

Selamat pengantin baharu

Para lelaki jangan menangis

Tahniah! Dua-dua comel

Moga kekal hingga ke syurga

Terdahulu, Layka pernah tular di media sosial selepas membuat ‘cover’ lagu Nirmala sehingga orang ramai menyangka dia melakukan penyegerakan bibir atau lip sync kerana memiliki suara merdu persis Siti Nurhaliza.

Sumber: TikTok @geebridal & @laykaaa.__, Instagram @thetruelove.wedd , ohmymedla

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.