Team scuba PDRM sekali lagi terima pujian netizen, memang cepat jumpa bahan bukti seterusnya

Satu kunci kereta berjaya ditemukan Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika operasi pencarian bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah di Sungai Trolak, Kampung Batu 4, di sini, hari ini.

Kunci kereta itu ditemukan pasukan penyelam 11.20 pagi tadi kira-kira 50 meter dari jambatan.

Terdahulu, tiga kenderaan termasuk dua pacuan empat roda tiba di lokasi kejadian kira-kira 10.35 pagi.

Lima penyelam melakukan pencarian pada radius 300 meter daripada jambatan di sungai berkenaan yang dipercayai menjadi lokasi suspek membuang barangan milik mangsa.

Antara barangan yang dicari adalah alat solek beg duit dan pengecas telefon bimbit.

Isnin lalu, mayat Nur Farah Kartini, 25, ditemukan di ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Hulu Selangor.

Susulan itu, suspek berusia 26 tahun yang juga anggota polis berpangkat Lans Koperal ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*