FOTO Puteri Sarah Liyana dalam persalinan berona putih duduk di atas sofa sambil menerima sejambak bunga serta sebentuk cincin membuatkan ramai pengikutnya menyangka pelakon itu sudah mengikat tali pertunangan.
Bagaimanapun foto tersebut bukanlah majlis pertunangan pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 40, tetapi sekadar ‘pinangan’ sebagai wajah produk kesihatan.
Perkongsian aktres itu sebenarnya sekadar pencapaian sepanjang tahun 2023 bersama produk berkenaan.
“Alhamdulillah, 2023 yang sangat bermakna,” tulisnya pada kapsyen video tersebut.
Menerusi tinjauan mStar di Instagram produk tersebut, terdapat sebuah video di sebalik tabir yang dikongsi menunjukkan pemberian bunga dan cincin itu sekadar meraikan pelakon tersebut sebagai wajah bagi mempromosikan produk mereka.
Pun begitu, perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menyangka aktres drama Andai Itu Takdirnya itu sudah pun mengikat tali pertunangan bersama insan tersayang.
“Semua pasti terkejut tengok Puteri Sarah dah bersarung cincin macam sudah bertunang. Kalau dah bertunang pun apa salahnya.
“Kita (netizen) terkejut berjemaah tapi kami mengharapkan perkara ini menjadi kenyataan,” tulis netizen.
Sebelum ini, netizen berteka-teki dengan status Puteri Sarah yang didakwa sedang berkawan rapat dengan pelakon Indonesia iaitu Andy Arsyil.
Puteri Sarah sebelum ini dikatakan rapat dengan Andi.
Hubungan mereka mendapat restu peminat yang mahu melihat bekas isteri pengarah Syamsul Yusof itu bahagia selepas bercerai.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 namun jodoh mereka hanya bertahan selama sembilan tahun apabila sah bercerai talak satu pada 14 Jun 2023.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.
sumber: mstar
Leave a Reply