“Aku Minta Doa Tu Berbalik Kat Kau” – Kak KM Berang Netizen Dkwa Anak S4kit Sebab D0sa Ibu

Usahawan sensasi, Kak KM atau Liana Rosli menerima ujian apabila anak perempuannya, Rania Razman, 13, menghidap jantung berlubang.

Difahamkan, keadaan anak Kak KM yang dikenali sebagai Rania atau Baby Rania itu semakin stabil setelah selesai menjalani pembedahan serta masih dalam tempoh rawatan.

Namun, timbul dakwaan netizen mulut celupar yang mengatakan Rania jatuh sakit gara-gara perbuatan Kak KM yang gemar melakukan aksi panas serta berpakaian terlalu seksi di media sosial dan Rania menanggung balasan atas apa dilakukan oleh ibunya.

Berang dengan kecaman netizen, Kak KM mendoakan agar kata-kata netizen itu berbalik semula kepada keluarga mereka.

“Aku minta doa tu berbalik kepada kau. Kau tanggunglah selepas ni, anak kau akan sakit. Kau akan dapat balasan yang teruk lah, nak nak pulak kepada orang yang kau sayang,” kata ketika dihubungi XTRA.

Tambah Kak KM, dia tidak ambil peduli kritikan netizen kerana menganggap musibah yang datang sebagai ujian Allah. Pasrah dengan takdir, Kak KM memberitahu dia tidak pernah sesekali merungut atau menyesal atas apa yang berlaku.

“Saya tak menyesal dengan kehidupan sekarang. Saya follow the flow je. Dugaan hidup saya memang teruk, jadi saya takkan lari tetapi selesaikan satu demi satu,” ujarnya.

Bertanya lanjut perkembangan terkini tentang kesihatan anak kesayangannya itu, Kak KM menyatakan Rania perlu berehat di rumah selama dua bulan dan tidak boleh melakukan kerja-kerja berat.

“Rania kena duduk rumah dua bulan untuk berehat. Dia perlu makan ubat. Dia tak boleh langsung angkat benda-benda berat walaupun satu kilogram.

“Rania pun tak boleh galas beg ke sekolah. Saya nak bincang dengan guru besar untuk sediakan satu rak khas untuk Rania,” jelasnya apabila disoal berkaitan persekolahan Rania.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*