Bad Indigo hembuskan nafas terakhir, penyanyi Liza Hanim ada katakan sesuatu..

Penyanyi Bad Indigo dilaporkan meninggal dunia di tempat kerjanya di Ampang, Selangor, kira-kira pukul 7 malam, Khamis.

Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah menghembuskan nafas terakhir pada usia 48 tahun.

Berita sedih itu disahkan oleh penyanyi Liza Hanim yang memaklumkan mendapat khabar tersebut daripada rakan-rakan suaminya iaitu Shah yang juga merupakan anggota Indigo.

Berita kematian Bad mengejutkan dunia hiburan.

“Saya dapat tahu dari rakan-rakan. Arwah meninggal di tempat kerja. Punca kematiannya saya pun masih belum tahu.

“Saya dan suami dalam perjalanan ke sana. Kami masih terkejut dengan berita itu,” katanya kepada mStar.

Liza sewaktu bercakap dengan mStar berkata, jenazah masih berada di tempat kejadian dan sedang diuruskan oleh pihak paramedik.

Sementara itu, sahabat kepada Allahyarham yang mahu dikenali sebagai Panjang memberitahu Bad rebah secara tiba-tiba sebelum pulang ke rumah.

Malah dia masih belum mempunyai maklumat mengenai punca kematian sebenar dan sedang menunggu siasatan pihak berkuasa.

“Arwah meninggal di tempat kerja. Dia tiba-tiba sesak nafas sebelun balik kerja. Sekarang pihak polis masih jalankan siasatan.

“Urusan pengebumian akan dimaklumkan pihak keluarga,” jawabnya ringkas.

Bad juga merupakan salah seorang selebriti yang terlibat dalam program mStar Baek dan rakaman episod mengenai kesengsaraan hidupnya baru sahaja ditayangkan pada Khamis iaitu berberapa jam sebelum berita sedih ini berlaku.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*