Lepas 10jam disiasat, Remaja 13 tahun akhirnya, dibebaskan.. Ini punca sebenar dia dibebaskan..

Remaja lelaki yang ditahan reman sehari kerana didakwa menyerang pemandu e-hailing pada kelmarin dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, remaja berusia 13 tahun itu dibebaskan selepas tempoh remannya berakhir hari ini.

“Kita membebaskannya hari ini sementara menunggu keputusan lanjut daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya selepas menyiapkan kertas siasatan,” katanya.

Semalam akhbar ini melaporkan seorang remaja lelaki ditahan polis dan direman sehari kerana didakwa cuba menikam seorang pemandu e-hailing dalam kejadian di Taman Keladi, di sini.

Remaja itu bertindak demikian kerana mendakwa pemandu e-hailing berusia 65 tahun itu memakinya ketika menggunakan perkhidmatan itu pada pukul 6.20 petang, kelmarin.

Remaja lelaki berusia 13 tahun yang direman pada Selasa kerana mengacu pisau di dada pemandu kenderaan e-hailing di tepi jalan di Taman Keladi, kini dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata polis telah selesai merekod keterangan suspek bagi melengkapkan siasatan.

“Dia telah dibebaskan dengan jaminan polis. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan,” katanya ringkas.

Pada hari semalam, kami sudah melaporkan seorang pemandu e-hailing berdepan saat cemas diacu sebilah pisau oleh seorang remaja lelaki dalam kejadian di Taman Keladi, pada Isnin.

Pemandu itu bagaimanapun terselamat setelah menggigit tangan remaja tersebut, menyebabkan suspek bertindak melarikan diri.

Mangsa membuat laporan polis sekitar jam 8 malam Isnin dan remaja berkenaan ditahan dua jam kemudian. Malah, motif sudah diketahui yang mana remaja terbabit melakukan tindakan sedemikian kerana telah dimaki sewaktu dalam perjalanan.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*