Buat b1sing naik m0tor, calon SPM maut diser3t… Pelaku dikatakan angg0ta p0lis

Polis mengesahkan telah menahan seorang pegawai kanan pasukan itu berhubung kes kematian seorang pelajar akibat dilanggar dan diseret sebuah kereta di Jalan Taman Jati dekat Meru di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pegawai berusia 44 tahun dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu ditahan bagi siasatan kes di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bagaimanapun menurutnya, polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh termasuk jenayah yang menjurus kepada kesalahan mematikan orang di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kita tidak akan melindungi sesiapa termasuk pegawai sendiri sekiranya mempunyai bukti yang kukuh.

Asisten Komisioner Yahaya Hassan

Bagaimanapun menurutnya, polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh termasuk jenayah yang menjurus kepada kesalahan mematikan orang di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kita tidak akan melindungi sesiapa termasuk pegawai sendiri sekiranya mempunyai bukti yang kukuh.

“Polis akan mendapatkan perintah reman terhadap lelaki itu esok (Sabtu) bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Yahaya berkata, kejadian itu melibatkan kereta jenis Perodua Ativa dipandu pegawai terbabit dengan motosikal jenis Yamaha ditunggangi mangsa.

Katanya, dalam kes itu, mangsa pelajar lelaki berusia 17 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pegawai berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Hasil bedah siasat ke atas mangsa mendapati punca kematian adalah kecederaan di bahagian dada dan abdomen akibat kemalangan jalan raya,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Jong Pit Chiao di talian 016-8849163.

Sinar Harian melaporkan, dalam kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari itu, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati m4ut di lokasi kejadian selepas motosikalnya dikejar dan dilanggar dari arah belakang sebuah kereta.

Difahamkan sebelum kejadian, berlaku keadaan tidak puas hati membabitkan pemandu kereta berkenaan dengan mangsa kerana membuat bising motosikal.

Keadaan itu mengakibatkan, pemandu tersebut mengejar mangsa sejauh hampir 1 kilometer dan melanggarnya dari arah belakang mengakibatkan mangsa jatuh dan terseret hampir 5 meter.

PELAJAR lelaki tingkatan lima m4ut dalam satu kemalangan ngeri apabila motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah kereta pada jam 12.30 tengah hari, Jumaat.

Dalam kejadian berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, Perak, mangsa, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, meninggal dunia di tempat kejadian selepas badannya diseret sejauh lima meter oleh kereta terbabit.

Mangsa yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilihat masih lengkap berpakaian sukan sekolah ketika menghembuskan nafas terakhirnya.

Memetik Kosmo, mangsa sebelum kejadian dikatakan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menunggang motosikal jenis Yamaha.

Manakala menurut saksi kejadian, pemandu kereta jenis Perodua Ativa yang melanggar mangsa tidak berpuas hati dengan tindakan remaja itu membuat bunyi bising menggunakan ekzos motosikalnya.

Turut dilaporkan, pemandu kereta tersebut mengejar motosikal mangsa sejauh satu kilometer dan melanggarnya dari belakang.

Pemandu kereta berkenaan kemudian berpatah balik ke lokasi untuk melihat keadaan mangsa, tetapi segera beredar apabila menyedari kehadiran orang awam.

Sementara itu, memetik Sinar Harian, pemandu yang berumur 44 tahun tersebut dikatakan merupakan seorang anggota polis.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

Pengarah Pendidikan Perak, Datuk Mohamad Fauzi Mahson turut hadir ke HRPB bagi menzahirkan rasa dukacita terhadap ahli keluarga mangsa atas kejadian itu.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*