‘Papa Mama Tetap Anggap Sarah Menantu Kami, Jangan Kerja Kuat Sangat’- Yusof Haslam

Hantaran pelakon, Puteri Sarah Liyana di Instagram Story memaparkan perbualannya dengan bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam menyentuh hati ramai pengikutnya di platform media sosial itu.

Dalam hantaran itu, Sarah meluahkan rasa rindu kepada Yusof dan isteri, Datin Patimah Ismail yang masih mengambil berat akan keadaannya walaupun sudah berpisah dengan anak mereka, Syamsul Yusof.

“Rindu papa dan mama. Maaf, Sarah sibuk kerja. Ya Allah, jagakan kedua ibu bapa mentuaku. Semoga diberikan afiyah dan dipermudahkan segala urusan mereka,” tulisnya.

Perbualan itu memaparkan bagaimana kasihnya Yusof dan Patimah kepada Sarah yang masih dianggap sebagai menantu.

“Papa, mama, tetap anggap Sarah menantu. Kuatkan semangat. Jangan kerja kuat sangat. Jaga kesihatan. Jangan stress (tertekan) sangat. Bahaya kepada kesihatan,” tulis Yusof.

Sementara itu, Sarah berkongsi kegembiraannya meraikan hari graduasi sekolah anaknya, Syaikhul Islam, semalam.

Turut kelihatan kedua-duanya anaknya, Syaikhul dan Sumayyah membuat persembahan sempena hari graduasi itu.

Pelakon Puteri Sarah Liyana sangat bertuah apabila masih mempunyai hubungan yang baik dengan bekas mentua walaupun telah bercerai dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof.

Anggap sebagai menantu

Terbaru, Puteri Sarah berkongsi tangkapan skrin (screenshot) yang memaparkan perbualannya dengan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam di Instagram Story.

Menerusi hantaran itu, Yusof tetap menganggap Puteri Sarah Liyana sebagai menantu dalam keluarganya. Selain itu, pemilik syarikat produksi Skop Production turut mengingatkan aktres berumur 37 tahun untuk menjaga kesihatan diri dan tidak terlalu bekerja keras.

Papa mama tetap anggap Sarah menantu kami. Kuatkan semangat. Jangan kerja kuat sangat. Jaga kesihatan, jangan stres sangat. Bahaya pada kesihatan.

Pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mengucapkan terima kasih atas keprihatianan yang diberikan Yusof dan isteri, Datin Patimah Ismail.

Maaf sibuk dengan kerja

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini mendoakan agar Yusof dan Patimah sentiasa dilindungi Allah SWT serta dipermudahkan segala urusan.

Sekadar info, Syamsul membuat pengumuman mengejutkan ramai apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira pada 6 Januari lalu, di Thailand.

Kemudian, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof bercerai talak satu selepas kemelut rumah tangga yang berpanjangan pada 14 Jun yang lalu.

Selepas bercerai, Puteri Sarah membuat keputusan untuk menarik semula kes saman terhadap bekas madunya, Ira Kazar dan dua ahli keluarganya.

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.