Raisuddin jumpa kanak-kanak mirip arwah Siti Sarah, Shuib pula buat ‘video call’

Hasrat Raisuddin Hamzah untuk bertemu kanak-kanak perempuan yang memiliki wajah mirip anaknya, Allahyarham Siti Sarah akhirnya dimakbulkan.

Isteri Raisuddin iaitu Siti Fatimah Saberi memuat naik video pertemuan mereka ketika mengunjungi kediaman kanak-kanak perempuan bernama Miza itu di laman Instagram hari ini.

Siti Fatimah berkata, dia menganggap pertemuan kedua-dua keluarga itu adalah rezeki meskipun mengambil masa tujuh jam untuk tiba ke destinasi dipercayai di Kedah.

“Rezeki dapat jumpa adik Miza. Tujuh jam perjalanan ke sini sebab suami nak sangat jumpa,” tulisnya.

Menerusi rakaman berdurasi 44 saat itu, anak sulung Allahyarham Siti Sarah iaitu Uwais Alqarni turut hadir yang kelihatan tersipu-sipu malu sebaik bertentangan mata dengan kanak-kanak tersebut.

Raisuddin yang dilihat duduk santai sambil bersembang kemudian menyifatkan Miza mempunyai gigi yang sama seperti Allahyarham Siti Sarah.

Melihat di ruangan komen, Shuib ada meninggalkan pujian terhadap kanak-kanak berkenaan yang dikatakan comel, sama seperti Allahyarham Siti Sarah sewaktu kecil.

Sementara itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad juga memuat naik sebuah hantaran memaparkan dirinya sedang membuat panggilan video bersama kanak-kanak itu.

Shuib pula buat ‘video call’

Comel macam arwah masa kecil

Terdahulu, Miza menjadi tular di aplikasi TikTok selepas seorang ahli keluarganya memuat naik beberapa video mengatakan wajah kanak-kanak tersebut tidak ubah seperti Allahyarham Siti Sarah.

@atyra.am__

Aku harap abang @SHUIB SEPAHTU tengok ni ! Ada iras iras tak? korang tag dia kejap sampai dia tengok video ni ❤️ #fyp #pageforyou #fypシ゚viral

♬ suara asli – TORONTO – TORONTO

@atyra.am__

Membalas kepada @De LeyaShop kalau tak makeup macam mana pulak ? sama tak? sebiji tak? #fyp #pageforyou #viral

♬ bunyi asal – Atyra.AM__ – Atyra.AM__

Sumber: Instagram Makder & Shuib, TikTok @atyra.am__ , ohmymedia

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.