BERDAMAI dengan takdir, isteri pertama kepada Ahmad Aslam iaitu Misya Mazlan menerima hakikat hidup bermadu dan menganggap ujian dilalui itu sebagai cabaran dalam rumah tangga.
Meskipun suaminya sudah berkahwin dengan anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania, Misya atau Umisya Mazlan, 25, berkata dia sama sekali tidak terfikir untuk berpisah.
“Sekarang ini saya dah berdamai dengan takdir dan jauh sekali saya dalam proses penceraian
Misya tidak terfikir untuk bercerai dengan Aslam.
“Saya dah menerima semua yang terjadi ni, biasalah hubungan rumah tangga ada naik turun, ada macam-macam ujian yang datang.
“Nak pula bila berpoligami lagi macam-macam dugaan,” katanya.
Misya berkongsi perkara itu menerusi video di akaun TikTok Becrushcosmetics.co.
Dalam pada itu, Misya juga mengakui sudah reda menerima hidup bermadu dan meminta agar netizen mendoakan yang baik-baik buat rumah tangganya.
“Apa yang saya buat sekarang saya reda dan terima dengan ujian yang datang.
“Jadi bercerai ke apa tiada lagi setakat ini. Doakan yang baik-baik untuk Misya sebab ini ujian buat kami bertiga,” jelasnya.
Sementara itu, ibu kepada Marissa iaitu Abby pula mendedahkan anaknya sudah bernikah di Thailand dan dia menyimpan sijil nikah mereka.
Abby juga berkata dia sudah reda dengan pernikahan tersebut dan percaya apa yang terjadi itu adalah ketentuan dan takdir yang ditetapkan oleh Allah SWT.
“Saya memperakui Marissa dan Aslam menikah di Thailand. Sijil nikah mereka ada pada saya.
“Cuma saya mahu mereka selesaikan isu ini. Daftar pernikahan di Malaysia, sahkan ia kerana kita tinggal di Malaysia.
“Saya bimbang pernikahan di Thailand sah atau tidak sebab itu saya minta mereka daftar pernikahan di sini. Selesaikan benda yang belum selesai,” katanya menerusi satu temu bual bersama Gempak.
Misya reda hidup bermadu dengan Marissa.
Pada 7 Februari lalu, nama Misya dan Aslam menjadi bualan ramai apabila lelaki itu didakwa bernikah dengan anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania.
Aslam dan Marissa didakwa bernikah di Songkhla, Thailand ketika Misya sedang mengerjakan umrah di Makkah pada 27 Disember tahun lalu.
Kisah mereka sudah mula diperkatakan pada September tahun lalu apabila Marissa didakwa sebagai orang ketiga sehingga menyebabkan Aslam dan Misya bercerai.
Bagaimanapun mereka kembali rujuk ketika masih dalam tempoh idah.
Aslam dan Misya mempunyai dua cahaya mata iaitu Hud, 3, dan Nuh, 2 tahun.
Leave a Reply