Setelah dicekup oleh pihak polis dan dikategorikan sebagai suspek kekasaran rumah tangga, Armor Toreador menerusi peguam belanya sempat meluahkan hasrat untuk berdamai semula dengan Intan Cut Nabila. Malahan, pihak keluarganya juga dikatakan berharap agar bekas atlet lawan pedang itu menarik semula laporan yang sudah dibuat ke atas lelaki terbabit.
Berat sangat berat, harus ceria di sebalik semua penderitaan selama ini
Seakan sudah serik menjadi ‘punching bag’ selama bertahun-tahun, kali ini Nabila nekad untuk keluar daripada penyiksaan tersebut. Dakwaan bahawa dia sudah menarik laporan dan bakal rujuk dengan Armor adalah tidak benar sama sekali. Sebentar tadi di Instagram, ibu kepada 3 anak ini mendedahkan sebuah lagi video tindakan kasar lelaki itu terhadapnya.
Lebih dari 5 kali ? Saya saja tidak mampu kira berapa kerap dia menyiksa saya
Saat itu, anak keduanya (perempuan) sedang menyusu dalam keadaan senyap di atas katil. Tanpa menghiraukan kesan buruk kepada psikologi anak sekecil itu, Armor mula menaiki tubuh Nabila, mengasarinya terus-terusan termasuklah menekan kuat leher Nabila dengan sebelah pahanya. Menurut keterangan Armor terhadap pihak polis sebelum ini, dia hanya menyakiti Nabila sebanyak 5 kali. Hakikatnya, penganiayaan yang dilakukan adalah lebih daripada itu.
Tonton video penuh di sini : https://www.instagram.com/p/C-8k32zxRG0/
Depan anak takde tahan-tahan, ini yang kau kata anak masih perlukan ayah? TAKKKKKK
Menjengah ke ruangan komen, netizen ikut meradang tatkala menyaksikan aksi dayus Armor dalam klip tersebut. Kehendaknya yang mahu berbaik demi masa depan anak-anak nampaknya langsung tidak sejajar dengan kekerasan yang dilakukan terhadap Nabila di hadapan anak mereka.
KREDIT : IG cut.intannabila
Leave a Reply