Pernah Popular Dengan Watak Drama Sutun, Ini Keadaan Pelakon Terkini Selepas 18 Tahun

Peminat drama melayu pasti pernah menonton drama Sutun yang menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

Awalnya, drama televisyen berkenaan ditayangkan di RTM dan seterusnya, kerana permintaan yang amat tinggi, ia ke udara di saluran televisyen berbayar Astro.

Populariti Sutun melonjakkan nama pelakon utamanya, Ku Yusry yang membawa watak utama sebagai ‘lelaki lembut’.

Drama tersebut mengisahkan pahit manis kehidupan seorang lelaki berjiwa lembut yang dibesarkan di sebuah kampung.

Difahamkan, Ku Yusry adalah bekas pelajar bidang seni dan lakonan di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Malah beliau turut menyambung pengajian di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPDA) di Kedah.

Menerusi laporan media, Ku Yusry telahpun bergelar pejuang seni dan pendidik di salah sebuah sekolah seni di Johor Bahru.

Daripada seorang lelaki lembut, beliau menepis kecaman orang ramai membuktikan dirinya mampu menjadi manusia berguna dan menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat.

Tanpa membuang masa, khas buat anda yang tertanya-tanya wajah terkini Ku Yusry, berikut kami kongsikan foto-fotonya.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*