Kecoh Pasal Isu Tyzo Diberhentikan, Ramai Nak Tahu Berapa Sebenarnya Gaji Seorang DJ Radio

Cerita berkenaan bekas penyampai radio Suria FM, khidmat Tyzo yang ditamatkan perkhidmataan selepas lapan tahun bersama stesen radio itu hangat diperkatakan ramai sejak beberapa hari lalu.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd. Majid atau DJ Lin, keputusan dibuat sebagai langkah merangka strategi dan perancangan baharu bagi 2024.

Sementara itu Tyzo Xander pula memaklumkan keputusan untuk berhenti dari stesen radio itu bukan dibuat olehnya.

Ujar pemilik nama sebenar Tuah Zoqarnain Idris itu, dia masih mahu bekerja dan berharap tidak ada mana-mana pihak memutar belit kenyataannya.

” Saya minta maaf kerana ini bukan keputusan saya. Saya masih lagi mahu bekerja. Saya punya anak, tapi ini bukan kehendak saya.

” Inilah harga yang perlu saya bayar untuk sebuah kemenangan Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular Ke-35 (ABP 35).

” Selepas ini mohon tiada pihak ‘spin’ (pusing) cerita, olah ayat, tuduh ‘diva’ demi menutup aib. Hanya yang pernah lalui sahaja tahu sakitnya,” tulis Tyzo.

Gaji DJ radio pernah jadi persoalan netizen

Selain beberapa isu berbangkit berhubung penamatan perkhidmatan Tyzo, ramai juga yang berminat ingin tahu berapa sebenarnya gaji DJ radio.

Malah sebelum ini, penyampai radio ERA dan pengacara, Radin pernah menjawab soalan seorang netizen mengenai gaji DJ radio di akaun Instagram (IG), Era.je.

Menerusi sebuah entri, admin IG tersebut telah memuat naik sekeping foto penyampai radio Hani Fadzil sedang bercuti di Maldives.

Namun, foto tersebut menjadi perhatian seorang netizen yang kurang senang.

” Sebenarnya nak tanya laa..berapa gaji DJ radio ni ek..?

” Masyuk semacam jer siap boleh vacation gaya macam datuk datin,” tulis netizen tersebut.

Radin tidak berdiam diri malah terus menjawab dengan tenang.

” As I know..gaji setiap announcer berbeza-beza based on (experience, nama, followers, demanding & etc).

” So most of them, ada juga buat job lain (berlakon, emcee job luar, host tv or review product)

” Ada juga yang pakai branded brand or vacation/holiday by sponsor or ada juga yang saving to do that.

” To be honest, keje as announcer ni based on experience, popularity, listener demand and relevant to the industry..

” That’s how us survive. So, tak kisah keje apa pun, bila kita rajin usaha inshallah rezeki tu ada Allah dah susun,” tulisnya.

Jadi berapa sebenarnya gaji DJ radio?

Jawapan Radin itu mungkin tidak menjawab persoalan. Sebabnya orang ramai biasanya nak tahu angka saja. Jawapan cliche macam itu orang tak nak tahu.

Untuk menjawab soalan itu, pihak Sinar2u membuat carian sendiri untuk bagi jawapan yang netizen nak tahu.

Ambil contoh petikan artikel Kosmo yang menemubual Shuk Sahar yang ditamatkan kontrak oleh Hot Fm.

Ketika itu wartawan tanya “Gaji setahun lesap. Kalau anda boleh dedahkan, berapa anggarannya?”

Jawab Shuk, “Saya boleh cakap lebih kurang RM200,000. Itu tidak termasuk kerja-kerja lain seperti pengacaraan dan lakonan yang turut terkesan disebabkan isu terbabit.”

Jadi maksud Shuk, RM200 ribu setahun itu adalah pendapatan untuk DJ radio sahaja. Ia bersamaan dengan lebih kurang RM16,000 sebulan. Ini untuk level Shuk sahaja ya.

Untuk level Shuk yang tak popular sangat sebagai DJ pun gaji dah RM16,000 sebulan, boleh dikatakan penyampai radio lain yang lebih popular waktu ini seperti Jep Sepahtu, Johan, Fara Fauzana, AG, Nabil dan Tyzo sendiri pastinya gaji lebih tinggi.

Sebagai contoh, laporan Harian Metro menyebut gaji Johan sebagai DJ radio Hot Fm berjumlah RM500,000 yang bersamaan RM41,600 setahun.

Jadi bolehlah dikatakan bahawa gaji seorang DJ radio agak lumayan, malah jika ikut pada taraf populariti, ada yang dibayar bersamaan dengan gaji seorang menteri. Fuhh!

Mungkin seseorang selebriti seperti pelakon atau pengacara TV yang dah kurang job aka ‘sendu’ itu dah boleh apply kerja sebagai DJ radio pulak.

Sumber:gempak, kosmo dan hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*