Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan bahawa rayuan oleh kem Malaysia untuk Azizulhasni telah ditolak oleh komisar pertandingan.
Harapan Azizulhasni Awang untuk membawa pulang emas dari acara kegemarannya, keirin di Paris 2024, tidak kesampaian dengan cara sangat dramatik.
Azizulhasni membuat kesalahan teknikal berada di hadapan derny.
Hamidin memberitahu bahawa pihaknya telah cuba membantu Azizulhasni dalam rayuannya kerana kesilapan teknikal. Namun jelas rayuan mereka tidak diendahkan oleh komisar dan penyertaannya dibatalkan.
Hamidin menegaskan bahawa pihaknya telah cuba sedaya upaya untuk membantu pelumba itu dalam rayuannya. Namun pihak penganjur berkeras untuk menyingkirkan Datuk Azizulhasni Awang.
https://x.com/zulhelmizainal1/status/1822297561043992618
Dipetik daripada laman Harian Metro, Hamidin berkata: “Saya memaklumkan bahawa pihak kami telah mengemukakan rayuan terhadap insiden membabitkan pembatalan penyertaan Datuk Mohd Azizulhasni Awang Olimpik pada perlumbaan keirin lelaki.
“Bagaimanapun, Ketua Komisar dan wakil badan induk dunia UCI mengekalkan keputusan membatalkan penyertaan Azizulhasni akibat memintas derny atau motorsikal yang menentukan rentak di hadapan kelompok pelumba sebelum motorsikal keluar daripada gelanggang perlumbaan.
https://x.com/TeamMsia/status/1822297903219499456
“Kontinjen Malaysia dengan berat hati menerima keputusan ini dan akan memberi sokongan moral tidak berbelah bagi kepada beliau.
“Pada masa yang sama pihak Institut Sukan Negara (ISN), juga akan menyediakan perkhidmatan sokongan kepada Dato’ Mohd Azizulhasni dalam berdepan dengan situasi yang sukar ini,” kata Hamidin.
Sebagai rekod, Azizulhasni Awang merupakan pemenang perak di Tokyo 2020 dan gangsa di Rio 2016.
Leave a Reply