Anak & Ibu Terjah Bapa Nikah Lagi, Terkilan Saudara Rapat Rupanya Hadiri Majlis

Poligami sememangnya dibenarkan dalam agama Islam. Namun itu bukan bermakna seorang suami berhak memperkotak-katik atau menyakiti perasaan isteri pertama. Apalagi jika pernikahan kali kedua itu didasari oleh hubungan perselingkuhan yang jelas-jelas haram hukumnya. Pahit untuk dihadam, namun itu hal yang berlaku dalam kisah di bawah ini.

Anda semua munafik…Di mana ada duit, di situ ada keluarga kau

Beberapa hari lalu di TikTok, seorang gadis berkongsikan detik-detik mendebarkan ketika dia menerjah majlis pernikahan bapanya bersama dengan wanita lain. Kehadirannya ke sana adalah demi menuntut penceraian bagi pihak ibunya yang sudah dikecewakan seteruk itu. Tetapi apa yang lebih menyedihkan mereka, rupanya saudara terdekat sebelah bapa juga berada di acara berkenaan dan dilihat sedang enak menjamu selera. Walhal menurut gadis ini, dahulunya mereka semua menunjukkan sokongan moral kepada pihak ibu yang diselingkuhi. Siapa menduga, 2 beranak berkenaan malah dikhianati oleh orang-orang yang amat mereka percayai selama ini termasuklah abang sulungnya sendiri.

https://x.com/sosoo9z/status/1808864926645309602

Kamu benar-benar keterlaluan, dirakam! Dirakam!

Terkejut melihat kemunculan 2 beranak itu, suasana acara berkenaan yang dipercayai berlangsung di kediaman isteri baru mulai bertukar kecoh. Ketika gadis ini menjerit mencari keberadaan si bapa, saudaranya yang ‘kantoi’ bersifat talam dua muka kembali melawan sehingga bertindak kasar terhadap isteri pertama. Gadis ini juga cukup marah kerana salah seorang makciknya telah menampar wajah ibunya.

Ini anak Papa! Ayah saya peguam, tapi tak faham undang-undang
Difahamkan, ayahnya merupakan seorang peguam dan lelaki itu katanya bakal mengambil tindakan undang-undang ke atas isterinya atas kejadian ini. Wujud juga desakan untuk memadamkan video berkenaan, namun si anak terus lantang bersuara demi mendapatkan keadilan buat ibu tersayang.

KREDIT : X Soso9z & TikTok BantenHay

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*