Netizen Kurang Senang Ayat Elly dengan bekas suami, Ini reaksi beliau

Meskipun sudah lama berpisah, namun pengacara Elly Ariffin masih mempunyai hubungan yang balk dengan bekas suaminya yang juga pelawak dan pengacara Jiggy Masin. Terbaharu menerusi video yang dikongsikan di TkTok, Elly bergurau senda memukul tangan Jiggy kerana ingin membalas dendam disebabkan bekas suaminya tidak mengajak datang ke majlis perkahwinan dengan atlet penerjun Malaysia iaitu Nur Dhabitah Sabri.

“Bila kau balas dendam dengan ex husband (bekas suami) yang baru kahwin,” tulis Elly. Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat mereka berdua yang masih boleh menjadi kawan biarpun sudah bercerai.

“Best kan dapat berkawan balk dengan bekas… rezeki yang Allah bagi. Tak apa, tak berjodoh sebagai suami isteri, tapi awak boleh berkawan rapat.

“Seronok boleh kawan macam ini, baru harmoni,” komen netizen.

Bagaimanapun terdapat segelintir netizen yang kurang senang dengan gurauan Elly memandangkan Jiggy sudah berkahwin dengan Dhabitah.

Menerusi ruang komen di perkongsian itu, Elly menjelaskan dia sudah meminta izin daripada Jiggy untuk memuat naik video tersebut malah Dhabitah juga tidak kisah dengan gurauan mereka.

“Chill guys! I dengan Jiggy memang macam ni. Jiggy pun approved I post video ni. Bitah sendiri pun cakap dia ok. Tapi korang pula yang kabut lebih,” jelas Elly.

Untuk info, Jiggy pernah mendirikan rumah tangga dengan pengacara dan pelakon Elly Ariffin pada 9 September 2016 namun mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada Januari 2020.

Manakala Jiggy telah sah menjadi suami kepada atlet penerjun Malaysia iaitu Nur Dhabitah Sabri dengan sekali lafaz pada April lalu.

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*