Tuntut Penjelasan Bekas Suami, Sekali Fizi Ali Tenang Post Gambar Anak Bersertakan Ayas Pedas Ni

Pelakon Shakilla Khoriri melahirkan rasa kurang senang apabila melihat mulut anak perempuannya, Ameena Sofia ditekup oleh anak perempuan isteri baharu bekas suaminya, Fizi Ali dalam sekeping foto perkahwinan yang tular semalam.

Sebagai seorang ibu, pemilik nama penuh Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 34, itu sudah bertanya kepada Fizi mengenai hal tersebut namun sehingga hari ini masih tidak mendapat sebarang penjelasan.

“Sebagai seorang ibu, tidak gembira melihat foto tersebut dan saya sudah minta komen daripada Fizi tetapi masih tiada respons daripada dia.

“Sekurang-kurangnya saya dapat penjelasan mengapa mulut Ameena ditekup. Bukan nak marah sebab saya pun tahu anak saya macam mana.

“Nanti kalau cakap lebih-lebih, tuduh saya sengaja cetuskan isu. Kalau boleh jelaskan dan jangan diam sampai sekarang,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Dalam pada itu, pelakon drama Saat Kau Takluk Cinta Ini itu meleraikan persoalan ramai bahawa dia tidak mengetahui mengenai hal pernikahan Fizi dengan wanita dikenali sebagai Siti Zulaikha yang berlangsung semalam.

Katanya, Fizi hanya menyuarakan hasrat untuk mengambil dan membawa Ameena ke taman tema air.

“Sebenarnya terkejut apabila dapat tahu dia sudah bernikah tetapi saya tiada masalah kalau dia berkahwin cuma saya tidak tahu mahu jawab apa apabila orang bertanya.

“Dia pun tidak beritahu hal itu dan hanya memaklumkan mahu ambil anak sebab nak pergi taman tema air.

“Bagi saya, sebagai bapa kepada anak kami, sepatutnya berterus-terang pada sahaja,” jelasnya.

Meskipun begitu, Shakilla sentiasa mendoakan rumah tangga Fizi yang dibina bersama isteri baharunya bahagia namun tetap menegaskan supaya tidak sesekali menyakiti Ameena.

“Saya harap Ameena tidak akan sesekali disakiti atau rasa terasing apabila bersama Fizi dan keluarga baharu sebab dia jenis akan bercerita.

“Saya okey kalau dia buat anak saya gembira tapi kalau Ameena disakiti, dia perlu berdepan dengan saya,” ujarnya.

Semalam, Fizi mengejutkan ramai apabila berkongsi berita gembira sudah selamat bernikah dengan Siti Zulaikha yang juga seorang usahawan di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Selangor yang hanya dihadiri kedua-dua belah keluarga.

Sebelum ini, Fizi atau nama penuhnya Mohd Hafizudin Alimudin, 34 dan Shakilla berkahwin pada 18 Februari 2018 namun bercerai pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ameena yang kini berusia empat tahun.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*