Pemain bolasepak wanita negara, Intan Serah bakal dipanggil FAM susulan ciapan yang dilontarkan di platform X yang menyelar keputusan ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon sewaktu perlawakan terakhir saingan kumpulan E, Piala Asia.
Gelar Kim Pan Gon bod*h
Dalam ciapan yang dibuat Intan atau nama sebenarnya, Intan Sarah Anisah binti Zulgafli, 25, dia menganggap tindakan Pan Gon sebagai ‘bodoh’ kerana tidak memasukkan Safawi Rasid dalam perlawanan tempoh hari.
Intan Serah padam ciapan, akui kesilapan
Walau bagaimanapun, ciapan tersebut telah dipadam dan dia juga mengakui kesilapan yang dilakukan termasuk sempat bergambar bersama Pan Gon ketika masing-masing pulang ke Tanah Air seusai perlawanan tersebut.
Intan Serah tidak akan terlepas
Walau bagaimanapun, memetik laporan dari Harian Metro, Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman menyifatkan tindakan tersebut sangat tidak sopan dan seharusnya tidak dilakukan individu yang berstatus pemain kebangsaan Malaysia.
Ujarnya, pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menilai status hantaran dan memastikan yang atlet tersebut tidak terlepas begitu sahaja.
“Kita akan menilai kenyataan dan kita akan panggil dia (Intan Sarah). Sebagai pemain kebangsaan, dia tidak sepatutnya keluarkan kenyataan begitu, kita akan nilai kenyataan yang dia maksudkan.
“Pada masa sama, sentiasa ingatkan (jangan keluarkan kenyataan negatif) kepada pemain semasa mereka berada dalam kem kebangsaan, ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.
Namun, Noor Azman memaklumkan belum memutuskan tindakan yang harus diberi kepada pemain kebangsaan berkenaan kerana perlu melihat secara mendalam terlebih dulu tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Intan Serah itu.
Sumber: Harian Metro
Leave a Reply