“Hampir putus hrapan dgn anaknya..” ramai sebak reaksi kluarga Syafik slepas jumpa anak kmbali..

PENEMUAN Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim, 22, yang dilaporkan hilang di sempadan Malaysia-Brunei ketika menyertai Op Ukur di Limbang, Sarawak, sememangnya merupakan satu kesyukuran yang tidak terhingga buat keluarganya.

Anggota pasukan Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) itu ditemui selamat pada pukul 11.29 pagi Sabtu oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) selepas dilaporkan hilang pada 18 Jun lalu.

“Syukur adik selamat walaupun tersesat di hutan selama 19 hari. Doa kami setiap hari dimakbulkan Tuhan, syukur sangat-sangat.

“Sejak kehilangan adik, kami tidak putus berdoa supaya dia ditemui selamat dan akhirnya dia ditemui semalam,” kata ahli keluarga Muhammad Syafiq iaitu Syazwani Abdul Halim, 24, kepada pemberita pada Ahad.

Menurut Syazwan, ibunya, Zawiyah Salleh, 55, telah diterbangkan ke Sarawak oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk bertemu Muhammad Syafiq.

Jelas Syazwani lagi, mereka sekeluarga sempat mengadakan kenduri kesyukuran selepas penemuan Muhammad Syafiq.

Pada Sabtu, Sel Perhubungan Raya Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam satu kenyataan memberitahu, Muhammad Syafiq berjaya menjejaki tanda-tanda panduan laluan rintis pencarian yang sengaja dibuat di sekitar lokasi pencarian sehingga beliau berjaya menemui lokasi Forward Operating Base (FOB) Tim A.

“Beliau ditemui dalam keadaan selamat lengkap bersama peralatan dan senjata, namun lemah akibat kelaparan dan dehidrasi sebelum diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan di lokasi,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Sel Perhubungan Raya Markas TDM memaklumkan, seorang anggota tentera Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) berpangkalan di Kem Kidurong, Bintulu, hilang ketika bertugas dalam Op Ukur di Limbang, Sarawak.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*