“Mental tak sihat dah tu..” – Netizen Panas tengok Reaksi Zul yahya bila cakap ni

Sebut mengenai Zul Yahya pasti orang ramai mengenalinya. Pernah menjadi seorang pelakon dan kini bergelar usahawan membuatkan beliau menjadi perhatian ramai.

Beliau yang sebelum ini membuat Kayuhan Insan Palestin bermula dari Ipoh ke Johor Bahru dan pulang semula ke Ipoh baru-baru ini telah memuat naik sebuah status di Facebook yang nyata menyinggung ramai pihak khususnya bangsa Melayu.

Menurut Zul Yahya, bangsa Melayu yang merupakan bangsa sendiri yang banyak membuat masalah besar. Masalah seperti merogol anak sendiri, menipu bangsa sendiri, dengki-mendengki, berpecah belah dan merasakan diri hebat semuanya terdapat pada Bangsa Melayu.

Meskipun dikongsikan secara umum, melabelkan Bangsa Melayu dengan kenyataan yang kasar telah membuatkan perkongsian beliau menerima pelbagai respon di kalangan netizen.

Menurut para netizen, wajarlah Bangsa Melayu mempunyai masalah memandangkan Melayu merupakan bangsa majoriti dalam negara. Selain itu, terdapat juga netizen yang mendakwa beliau tidak sedar diri kerana menghina dan mengata bangsa sendiri.

Sebelum ini, kenyataan Zul Yahya turut pernah tular apabila menyeru kru penggambaran untuk meninggalkan dunia hiburan serta memilih pekerjaan yang lebih diberkati.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*