Biskut Mazola adalah salah satu biskut yang popular bukan sahaja pada hari perayaan malah ada dijual sebagai kudap-kudapan. Mana tidaknya, nak buat biskut ni sangat mudah! Jom ikuti resipi yang dikongsi.
Resepi Biskut Mazola
Bahan-bahan:
– Tepung gandum 1 kilo
– Kacang tanah 300g
– Gula 2 gelas
– Minyak mazola / Minyak jagung 2 cawan (Tak kisah brand apa)
– Soda bikarbonat 1 sudu besar
– Kuning telur + pewarna kuning
Cara-caranya:
1. Goreng kacang tanah tanpa minyak, tunggu sejuk buang kulit dan blend kering smpai hancur
2. Blend kering gula
3. Sekalikan tepung gandum + kacang + gula + soda bikarbonat dan gaul rata.
4. Masuk minyak mazola dan gaul sampai jadi doh.
5. Tekap dengan acuan ( yang ni guna acuan tutup botol ja) dan sapu kuning telur.
6. Masuk oven bakar suhu 170°C msa lebih kurang 10 minit atau ikut jenis oven masing-masing.
Sumber: Pa&Ma
Leave a Reply