Sedondon dalam persalinan putih, Ruhainies kongsi foto bersama Aliff Aziz di KLIA

KELIBAT dua pelakon kontroversi Aliff Aziz dan Ruhainies di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat mencuri perhatian ramai.

Ruhainies yang berkongsi foto berkenaan di Instastory miliknya memperlihatkan mereka berdiri bersebelahan namun dalam keadaan menjaga jarak selain mengenakan pakaian sedondon berona putih.

Penampilan sopan yang ditampilkan di lapangan terbang seolah-olah mereka ingin ke Tanah Suci Makkah untuk ibadah umrah namun sebenarnya sekadar menjalani pengambaran di KLIA.

Menerusi video yang dikongsi itu juga memperlihatkan Aliff sedang membaca doa manakala Ruhainies dan beberapa orang di sekeliling mereka mengaminkan bacaan tersebut.

Kelibat Aliff dan Ruhainies timbul pertanyaan ramai.

Sementara itu, dalam hantaran berlainan, Ruhainies memaklumkan video tersebut diambil sebelum mereka menjalani penggambaran drama Terjerat yang masih belum selesai.

Dia juga terkilan apabila video ringkas tersebut mencetuskan pelbagai tanggapan yang kurang elok terhadap mereka berdua.

“Hantaran di Instastory saya sebelum ini tak sampai 15 minit dah viral di TikTok, Instagram dan Facebook.

“Ia menunjukkan betapa teruknya mentaliti kita. Fikiran anda penuh dengan negatif. Itu video orang berdoa sebelum mula bekerja (shooting).

“Kru dimana-mana dengan walkie talkie. Dan semua orang pun tahu kami masih dalam pengambaran drama,” katanya.

Malah dia berharap agar warganet tidak mengeluarkan kata-kata kurang enak memandangkan ketika ini bulan Ramadan.

“Dengan mudahnya manusia sekarang dapat dosa kering. Jaga lidah, jaga lisan.

Itu video orang berdoa sebelum mula bekerja (shooting).
RUHAINIES
PELAKON
“Hari Jumaat pada bulan Ramadan, muhasabah. Pesanan pada diri sendiri juga semoga doa yang baik atau sebaliknya berbalik pada anda juga,” ujarnya.

Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Susulan itu, kedua-dua mereka menjadi sasaran kemarahan netizen sebelum Aliff dan Ruhainies tampi memohon maaf namun menafikan dakwaan mereka berkhalwat.

Lebih menyedihkan, isteri Aliff iaitu Bella Astillah turut memfailkan penceraian secara ekspres terhadap Aliff pad 13 Mac lalu dan kes itu bakal disebut semula pada 4 April ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*