‘REZEKI MILIK ALLAH’ – Tak sampai 24 jam menganggur, ini bakal tempat kerja baru Tyzo..

Stesen radio, Hot FM sedang buat kajian untuk tawarkan penyampai radio, Tyzo, 47, selepas isu penamatan kontrak secara mengejut oleh Suria FM.

Menerusi kenyataan ringkas, Bahagian Jenama & Komunikasi Media Prima Audio memaklumkan, pihaknya tidak mempunyai perancangan mengambil penyampai radio baharu, sebaliknya hantaran dalam laman sosial, semalam hanyalah pertanyaan spontan.

“Setakat ini, kami belum ada sebarang komen yang khusus mengenai ‘posting’ ini.

“Hot FM hanya ‘react’ kembali kepada permintaan orang ramai di mana ramai meminta untuk Tyzo menyertai Hot FM atau mengambil Tyzo selaku penyampai di stesen radio kami.

“Jadinya, seperti di Instagram (IG) Story serta platform X Hot FM, kami hanya sekadar bertanya kembali kepada pendengar, adakah patut atau tidak untuk Tyzo menyertai Hot FM?

“Buat masa sekarang, kami tidak ada sebarang perancangan untuk merombak barisan penyampai kami

“Kami masih meneruskan rutin harian seperti biasa,” katanya.

Semalam, timbul pelbagai reaksi dan persepsi selepas kontrak Tyzo atau nama sebenarnya, Tuah Zolqarnain Idris bersama Suria FM ditamatkan secara mengejut.

Hot FM turut membuat hantaran tanda prihatin dengan perkara hangat yang sedang diperkatakan dalam laman sosial.

“Tyzo join Hot FM? Korang on tak on?

“Aku mendengarkan suaramu! Korang setuju tak kalau @tyzoxander join Hot FM? Komen and tag Tyzo okay. Jap kitorang nak set lepak dengan Tyzo ni!,” tulisnya.

Tyzo yang juga penerima trofi Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 menyertai dunia penyiaran bersama stesen radio Muzik FM pada 16 Julai 2004.

Dia juga pernah menyumbangkan khidmat di stesen Ultra FM dan Pi Mai FM, sebelum beralih ke Selangor FM.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*