Gembira brjumpa dgn iras arwh isteri, Watie pesan sesuatu pada shuib ?

Rindu pada insan yang telah pergi dari dunia seperti rindu yang tidak bernoktah. Lebih-lebih lagi ia melibatkan insan yang sangat dicintai.
Begitulah yang dikongsikan oleh pelawak dan penyampai radio terkenal, Shuib Sepahtu baru-baru ini.
Dalam satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram rasmi miliknya mendedahkan pertemuannya bersama seorang kanak-kanak perempuan yang memiliki wajah persis Allahyarhamah isterinya, Siti Sarah Raisuddin.
Menerusi video tersebut, Shuib atau Shahmira Muhammad, 39, sempat bergambar dengan kanak-kanak yang dikenali sebagai adik Miza.
Turut menemani Shuib bersama dalam pertemuan itu adalah isterinya, Watie Hanifiah yang juga bergambar bersama kanak-kanak berkenaan.
“Rindu dan sayang,” tulis pelawak itu dalam hantarannya.

Dari riak wajahnya, pelawak berusia 39 tahun itu sangat gembira kerana dapat bertemu dengan seseorang yang memiliki wajah seperti Allahyarhamah.
Sebelum ini, kanak-kanak tersebut juga telah diziarahi oleh Raisuddin Hamzah bersama isterinya baru-baru ini, maklum Sinar Harian.
Ia berikutan gadis berusia sembilan tahun itu tular di media sosial dengan wajahnya yang persis Allahyarhamah Siti Sarah.
Makan Di Kedai Kegemaran Allahyarhamah
Sebelum ini, Shuib turut berkongsikan dalam satu hantaran di platform tersebut berkaitan tempat makan yang digemari Allahyarhamah Siti Sarah.
Difahamkan beliau sempat berkunjung ke lokasi itu bersama Watie bagi mengimbau kenangan lalu.
Menurutnya, kedai itu sering menjadi lokasi pilihan makan tengah hari kegemaran bagi Allahyarhamah sejak 13 tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Makder (@suciuwais)

Jelasnya, Allahyarhamah sering berkunjung ke kedai itu sejak zaman sekolah lagi.
“Dah makan dekat sini dekat 13 tahun, yang perkenalkan tempat ni Siti Sarah Raisuddin masa bercinta dulu. Sarah dah makan dekat sini dari zaman sekolah lagi dan ini memang tempat favourite untuk makan tengah hari.
“Fuh rare kan. Ni pertama kali bawak Watie datang makan dekat sini, yes dia suka! You teman I makan dekat sini pulak okay. Tempat penuh kenangan, makan tengah hari sedap gila!” tulisnya dalam perkongsian itu.
Sumber : slkapkeIi
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*