Lama tak dengar nama pengarah terkenal, Syamsul Yusof disebut-sebut selepas dia dan bekas isterinya, Puteri Sarah telah berpisah dalam keadaan baik.
Terbaru! Menerusi satu video di Tiktok, Syamsul Yusof kembali jadi perhatian apabila dia dilihat menyambut sambutan hari lahir bersama seorang wanita cantik. Dah kenapa tu?
@makcikbawangchannel Kalau btl apa salahnyaaa HAHAHAHAHA. kami rakyat malaysia sokong penyondol yg ni. sekufuuuu nokkk. lawooo. rupanya dari last year? btl keeeeee? kami tanyaaa .adakah ini benar belaka? #irenediane #girlfriendsyamsul #syamsyulyusoff #artiskekasihbaru
Kalau korang tengok video tersebut, Syamsul yang memakai kemeja bercorak bersama rakan-rakannya berada di sebuah kediaman mewah bagi meraikan acara itu.
Apa yang menjadi perhatian ramai adalah wanita free hair yang sentiasa berada di sisi pengarah tersebut sepanjang acara dan mereka juga ada bergambar hanya berdua saja.
Perkara itu juga buatkan segelintir netizen berseloroh mengatakan mereka setuju seandainya wanita jelita itu merupakan kekasih baru Syamsul.
Kah! Jangan buat hal lah korang, Syamsul baru nk berbahagia dengan Ira Kazar.
Pelakon Puteri Sarah Liyana tidak mencampuri urusan bekas suaminya iaitu pengarah Syamsul Yusof yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan seorang wanita.
Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, dia tiada kena mengena dengan kehidupan peribadi Syamsul dan hanya berhubung apabila melibatkan soal dua anak mereka.
Bagaimanapun kata Puteri Sarah, dia juga terkejut dengan khabar angin yang melanda Syamsul.
Puteri Sarah ketika sidang media.
“Saya pun tak tahu, saya sibuk dengan kerja saya, terkejut juga mendengarnya. Saya pun tak nak komen lebih-lebih sebab itu hal peribadi Syamsul.
“Tiada kena mengena dengan saya, kami berhubung sebab hal anak-anak. Itu sahaja,” katanya kepada mStar.
Puteri Sarah berkongsi mengenai perkara itu semasa ditemui selepas pementasan teater Pak Pandir bersama Labu Labi Ajaib yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada petang Jumaat.
Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata, dia hanya mengetahui mengenai gosip berkenaan daripada netizen.
Dia bagaimanapun memberitahu tidak mengenali wanita yang dipercayai rapat dengan pengarah tersebut.
Saya pun tak nak komen lebih-lebih sebab itu hal peribadi Syamsul.
“Saya baru tahu hari ini…. saya sibuk dengan latihan dan sudah beberapa hari saya tak update apa-apa sebab fokus dengan latihan.
“Jadi hari ini saya tengok dekat komen saya banjir… komen. Saya pun terkejut juga tak tahu sahih ke tidak. Bukan hal kita jadi kita tak mahu masuk dan ambil tahu.
“Yang penting hubungan dia mengenai anak-anak berjalan seperti biasa… Yang lain semua saya tak nak tahu,” ujarnya.
Puteri Sarah dan Syamsul bercerai pada Jun 2023.
Sejak Khamis, media melaporkan seorang selebriti popular bersatus suami orang sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita yang dikatakan ahli perniagaan.
Katanya, wanita berkenaan memiliki perusahaan permotoran selain berasal dari keluarga yang berada.
Susulan khabar tersebut rata-rata netizen menyebut nama pengarah Syamsul Yusof.
sumber: mstar via ohmedia
Leave a Reply