Wasiat Terakhir Hamdan senario sebelum ditidurkn, Reaksi keluarga Pagi ni undang sebak

Pelakon dan pelawak yang juga merupakan ahli kumpulan Senario, Hamdan dilaporkan berada dalam keadaan yang stabil selepas ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Mula gerakkan bibir

Menurut isteri kepada Hamdan, Norhamalini Ahmed, suaminya itu sudah cuba untuk mengerdipkan mata dan menggerakkan bibirnya.

Tambah Norhamalini, doktor berkemungkinan tidak akan menambah lagi dos ubat sekiranya suaminya menunjukkan perkembangan positif.

Semalam, pada jam 4.30 petang, saya melawat suami. Saya bisik di telinganya. Alhamdulillah, ada tindak balas. Suami cuba buka mata dan gerakkan bibir, Alhamdulillah.

Doktor cakap dos ubat yang diberi kepada suami sudah berkurangan. Jadi, kalau hari ini keadaan suami terus positif, mungkin doktor tidak tambah dos ubat.

Insya-Allah saya yakin dia boleh sedar. Saya mohon doa rakyat Malaysia untuk suami.

Terdahulu, Hamdan atau nama sebenarnya Ahmad Hamdan bin Mohamed Ramli ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), HSA akibat jangkitan kuman dalam darah.

Menurut anak kepada Hamdan iaitu Muhamad Syazreen Haqem, bapanya itu mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan oksigen selepas mengalami demam cirit-birit sejak Ahad.

Hamdan difahamkan berada di Johor Bahru kerana terlibat dengan program bersama kumpulan Senario iaitu Wonderful Night with Senariounion.

Sumber: Berita Harian

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*