K3j4m! Zayn Rayyan dibvnvh, ada kesan ced3ra di l3her dan b4dan

HASIL bedah siasat mendapati kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, m4ti akibat dibvnvh.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan pada petang Khamis.

Ujarnya terdapat unsur jen4yah pada tvbuh m4ngsa.

“Kecederaan dikesan pada leher dan badan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, mStar melaporkan m4ngsa hilang sejak Selasa dan kali terakhir dilihat di alamat Blok R, Apartment Idaman Jalan PJU 10/1 Damansara Damai.

Mayat Zayn Rayyan kemudian ditemui dalam keadaan mengiring di sebatang anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya pada Rabu malam.

Jenazah Zayn Rayyan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, Selangor pada Khamis.

POLIS mengesahkan kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang hilang kelmarin m4ti dibvnvh.

Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia malam tadi di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai, di Damansara.

Memetik laporan Harian Metro, perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Penemuan kanak-kanak berkenaan susulan Op Tutup rumah ke rumah dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang bermula jam 9 malam tadi.

Sebelum ini polis mengklasifikasikan kem4tian kanak-kanak malang itu sebagai m4ti mengejut.

“Bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan pada leher dan tubuh m4ngsa, dipercayai mempunyai kaitan dengan perbuatan jenayah,” katanya seperti dilapor.

Sebelum ini, Ibu Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf, 28, dilaporkan sebelum kejadian dia mengambil anaknya di Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2 (SKDD2) dan pulang ke rumah.

Katanya, sebaik tiba di kawasan perumahan anaknya itu secara tiba-tiba meragam dan mahu bermain buaian di taman permainan.

“Saya turuti permintaannya dan menunggu dia bermain buaian selama beberapa minit sebelum memujuknya naik ke rumah kerana saya perlu memasak serta menyiapkannya untuk dihantar ke rumah pengasuh.

“Ketika menaiki tangga, saya memegang barang basah yang baru dibeli dan beg sekolah sementara Zayn menuruti saya dari belakang.

“Namun selepas beberapa langkah saya memanggil namanya, dia tidak menjawab dan apabila saya toleh lihat dia sudah tiada,” katanya.

Mayat Zayn Rayyan ditemukan di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, kira-kira pada 10 malam.

Penemuan kanak-kanak berkenaan susulan Op Tutup rumah ke rumah dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang bermula pukul 9 malam tadi.

Pihak polis malam tadi memaklumkan sudah dua kali mengesan kehilangan Zyan Rayyan di kawasan mayat kanak-kanak malang itu ditemui.-Malaysiapost

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*