[VIDEO] Puteri Sarah Amal Surah At-Taubah Selepas Solat – ‘Memang Sangat Powerful’

Pelakon Puteri Sarah berkongsi dengan warganet surah yang diamalkan dalam kehidupan harian ketika bersiaran langsung (live) di akaun TikTok.

Surah At-Taubah

Menerusi video yang dimuat naik semula di TikTok, pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata dia mengamalkan dua baris ayat daripada salah satu surah Al-Quran.

Cantiknya Sarah ni, ada amalkan surah? Kongsilah.

Bila kita nak kongsi kebaikan, kita tak boleh rahsia. Sebab surah-surah yang kita amalkan ini untuk kebaikan bersama.

Daripada dulu sampai sekarang, kalau Sarah ada masalah saya akan amalkan dua potong ayat Surah At-Taubah ayat 128 dan 129.

Menurut ibu kepada dua orang anak ini, dia mengakui bahawa doa tersebut mustajab dan sangat baik untuk diamalkan.

Selepas selesai solat fardhu, kita baca surah ini. Memang sangat-sangat ‘powerful’. Sarah buat dalam masa seminggu memang nampak dia punya perbezaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan terima kasih kepada aktres tersebut kerana tidak berahsia dan sudi berkongsi ilmu.

Ini maknanya dia betul-betul amalkan, kalau kata rahsia memang dia tak amalkan.

Bagus Sarah kongsi amalan surah untuk semua.

Terima kasih di atas perkongsian surah At-Taubah, semoga bermanfaat untuk kita semua.

@norainibasre

#binafshasweet #norainibasreshop #norainibasre #puterisarahliyana #detox #berryfull

♬ bunyi asal – Noraini Basre – Noraini Basre

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*