Tahan sebak kutip cebisan Dedah keadaan semasa kejadian ada sesuatu yg pelik

“Tidak dapat digambarkan perasaan ketika itu melihat keadaan mayat dan cebisan tubuh berselerakan di lokasi pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam. Malah, ketika proses mengeluarkan mayat ada isi kulit terlekat pada pesawat serta kereta pemandu e-hailing terbabit,” ujar Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik, Muhammad Hazrin Zulkifli.

Berkongsi pengalaman dalam operasi memadam dan mencari mangsa terkorban pesawat terhempas Khamis lalu, beliau yang tiba awal di lokasi nahas memaklumkan melihat dua tompokan api iaitu di tepi pembahagi jalan membabitkan mangsa penunggang motosikal dan satu lagi tompokan api di tepi jalan lokasi pesawat itu terhempas.

Malah menurutnya, pasukan bomba turut mengalami kesukaran ketika proses pemadaman api yang marak dan perlu berhati-hati mengeluarkan mayat bagi mengelakkan kulit mangsa yang melekat tertanggal.

“Walaupun sebak dan tragis melihat kejadian itu, namun berbekal ilmu, pegawai dan anggota penyelamat bomba terpaksa mengawal perasaan ketika menjalankan operasi itu.

“Paling tidak dilupakan dan agak rumit untuk mengeluarkan mayat yang mengambil masa agak lama membabitkan mayat pemandu e-hailing dan seorang lelaki yang berada di dalam pesawat.

“Sebahagian pesawat itu berada di atas sebuah kereta dan terdapat dua mayat di dalamnya. Kami mengambil masa sejam untuk mengeluarkan mangsa.

“Bomba terpaksa menggunakan peralatan khas untuk mengangkat dan menarik keluar secara perlahan-lahan kerana ada cebisan kulit melekat pada pesawat dan kereta itu,” katanya kepada Harian Metro semalam.

Muhammad Hazrin berkata, kedudukan mayat 10 mangsa yang terkorban ketika itu amat menyayat hati.

“Ada dua mangsa tercampak di luar pagar di tepi jalan, satu di tepi pagar dan lain-lain berhampiran pagar.

“Ada mayat yang tidak sempurna ketika diangkat sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa. Selain itu, agak mencabar apabila kami perlu membuat penandaan 200 cebisan mayat yang berselerakan di lokasi dan penuh dengan bendera sebelum dikutip satu persatu dan dimasukkan dalam plastik untuk dianalisa,” katanya.

Beliau berkata, mujur ketika itu, pelekat cukai jalan kereta pemandu e-hailing terbabit tidak terjejas dan sebaik menemuinya terus diserahkan kepada polis untuk mengesan identiti pemilik dan menghubungi waris.

“Jika tidak sudah tentu ia akan mengambil masa untuk mengenal pastinya kerana kereta itu rosak sepenuhnya,” katanya.

Terdahulu, polis mengesahkan 10 individu maut dalam insiden pesawat ringan terhempas di lokasi terbabit jam 2.40 petang, Khamis lalu.

Sumber : Hmetro

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*