Satu2 nya video Kenangan Indah ttg arwah farhan tersebar,Adik Bongsu arwh kongsi memori indah bersama abg kesayangan wlu pun tiada lagi, memori indah kekal abadi

Ibu dan bapa Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain sujud syukur selepas hakim mengumumkan hukuman gantung sampai mati ke atas kesemua enam tertuduh.

“Ibu bapa mana yang tidak kecewa, marah, sedih dan menangisi pemergian anak kesayangan mereka apabila mayat si mati dikebumikan dalam keadaan yang cukup memilukan dan menyayat hati,” kata Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hadhariah Syed Ismail ketika membacakan alasan penghakiman bertulis 93 muka surat lebih tiga jam berhubung kes berkenaan.

“Hanya Allah S.W.T yang tahu betapa hancurnya dan luluhnya hati dan perasaan bu bapa mangsa setelah melihat keadaan anak mereka yang diperlakukan sebegitu rupa oleh keenam-enam tertuduh sehingga tergamak menyeksa dan berbuat kezaliman seperti ini,” katanya.

Tambah beliau, kes pembunuhan Zulfarhan merupakan jenayah kekejaman yang paling jarang ditemui.

Satu2 nya video Kenangan Indah ttg arwah farhan tersebar,Adik Bongsu arwh kongsi memori indah bersama abg kesayangan wlu pun tiada lagi, memori indah kekal abadi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*