Akhirnya, Seperi Di Jangka, Bossku Dapat Pengampunan, Akan Bebas Pada Tahun..

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bersetuju memberi pengurangan hukuman penjara yang dikenakan ke atas Najib Razak yang kini ditahan di Penjara Kajang.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan petang ini, lembaga itu menyatakan, dengan pengurangan separuh hukuman tersebut, bekas perdana menteri terbabit dijangka dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Kenyataan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri menyatakan denda yang perlu dibayar oleh Najib ialah sebanyak RM50 juta.

Jumlah asal yang diputuskan mahkamah sebelu ini ialah RM210 juta.

Menurut lembaga berkenaan, pihak berkuasa bersetuju agar Najib dibebaskan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan sebelum ini.

“Oleh yang demikian, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak dipersetujui untuk dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu pada 23 Ogos 2028, dan denda yang perlu dibayar iaitu sebanyak RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta,” katanya.

Bagaimanapun, jika bekas presiden Umno itu gagal membayar denda tersebut dia perlu menjalani tempoh penjara tambahan selama setahun lagi.

Najib disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd (SRC).

Ekoran itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta.

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan juga memberitahu sebanyak lima kertas permohonan pengampunan diberi pertimbangan semasa mereka bersidang pada 29 Jan lalu.

Ia dipengerusikan Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku Yang di-Pertuan Agong.

Kenyataan rasmi dari JPM hari ini menamatkan teka-teki yang berlarutan sejak 30 Jun lalu apabila media melaporkan lembaga pengampunan bersidang sehari sebelum itu.

Menteri di JPM (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa kemudian meminta semua pihak menunggu kenyataan rasmi dibuat kerajaan bagi mengetahui status Najib.

Ketidaktentuan itu juga menyaksikan pelbagai spekulasi muncul termasuk ada pihak mendakwa Najib mendapat pengampunan dan bakal dibebaskan.

Bagaimanapun laporan tersebut ditarik balik tidak lama kemudian.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*