‘Saya Dengar Orang Bisik Suruh T3rjun Balk0ni, Ambil P1sau R0dok Diri Sendiri’ – Khai Bahar

Penyanyi Khai Bahar mendedahkan dia pernah berdepan masalah kembimbangan atau anxiety yang teruk sekitar awal tahun 2019.

Diserang anxiety

Menerusi temu bual bersama Hlive, Khai berkata disebabkan berasa risau dengan masalah itu, dia terpaksa mengajak abang dan kakak iparnya untuk tinggal bersama memandangkan keadaan mentalnya tidak begitu stabil.

Saya pernah kena anxiety masa 2019, lepas pada kena tu, saya rasa sunyi dekat rumah, tak tahu nak buat apa. Saya ajak abang saya duduk sekali, dia baru ada anak seorang dan isteri tengah hamil anak kedua.

Macam-macam benda saya fikir masa itu, saya kena sebelum PKP, awal 2019. Tak tahu kenapa tiba-tiba jadi murung dan overthinking.

Dalam masa sama, pelantun lagu Bayang itu turut mendedahkan dia pernah mendengar bisikan ‘jahat’ yang memintanya untuk terjun balkoni dan menikam diri sendiri dengan pisau setiap kali mahu melelapkan mata.

Setahun lebih saya struggle dengan anxiety, nak tidur tak boleh, rasa sesak nafas. Bila nak tidur, ada dengar macam orang bisik-bisik, ‘apa kena dengan aku ni? dan suruh terjun balkoni la.

Saya sampai simpan pisau dalam almari, sebab kalau saya nampak pisau itu, saya terbayang saya ambil pisau rodok diri sendiri.

Penyanyi Khai Bahar mendedahkan pernah berdepan serangan ‘anxiety’ (kebimbangan melampau) sehingga mendengar bisikan untuk mencederakan diri sendiri.

Khai, 29, atau nama sebenar Muhammad Khairul Baharuddin mengambil pendekatan mengajak adik-beradiknya untuk tinggal bersama di ibu kota sebagai salah satu langkah menangani ‘anxiety’ yang dialami itu.

“Pernah satu ketika, saya menyimpan pisau di dalam almari kerana tidak mahu mencederakan diri sendiri kerana mendengar pelbagai bisikan. Malah, saya juga mendengar suara yang menyarankan saya untuk terjun balkoni di kondominium yang didiami.

“Oleh itu, saya mengambil langkah mengajak adik-beradik bersama pasangan mereka untuk tinggal bersama saya. Pelbagai ikhtiar yang saya lakukan untuk mengelak diri melakukan perkara yang tidak diingini.

“Malah, saya juga mengambil tempoh yang lama untuk keluar melihat dunia kerana hanya ingin duduk terperuk di rumah saja. Keluar pun atas urusan kerja, jika tiada perkara yang penting memang saya hanya duduk di rumah.

“Ada juga masanya saya rasa seperti sesak nafas pada tengah malam dan terus dikejarkan ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. Untuk menyedapkan hati, saya juga menjalani ‘medical check up’ dan hasilnya saya sihat walafiat,” katanya pada program One On One.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Bayang itu, serangan ‘anxiety’ mula dialami sejak timbul rasa bimbang akan persepsi umum mengenai pelbagai kontroversi yang melanda dirinya.

Dalam masa sama, Khai bersyukur akhirnya berjaya menangani ‘anxiety’ yang dialami dan berkongsi perkara itu untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai penyakit mental itu.

“Kita tahu apa yang terbaik untuk tubuh kita, jadi kita tahu apa yang harus dilakukan dan dielakkan daripada terkena serangan kebimbangan melampau ini. Jadi saya melakukan pelbagai inisiatif bagi memastikan serangan ini tidak lagi menyerang diri saya.

“Kepada semua pesakit mental yang melalui fasa yang sukar, percaya semua ini ada hikmah disebaliknya. Segera dapatkan bantuan pakar psikiatri dan jangan malu kerana penyakit berkaitan kesihatan mental,” katanya.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.