“Saya di culik.. Dia Sumbat mulut sy dgn tanah merah..” Ropie Dedah cerita pernah diculik..

Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak, Ropie Cecupak mengakui pernah berdepan serangan panik (panic attack) yang membuatkan dirinya tidak boleh bersendirian.

Menurut Ropie atau nama sebenarnya, Zahid Tajuddin, mendedahkan situasi itu membuatkan dia tidak memandu kereta sejak tahun 2015.

“Saya berdepan dengan serangan panik yang membuatkan saya tidak boleh seorang diri. Jika bersendirian di rumah saya boleh, namun sekiranya memandu bersendirian tiba-tiba serangan itu datang.

“Mungkin kali terakhir saya memandu seorang diri pada 2015 dan selepas itu saya menggunakan khidmat pembantu peribadi serta sudah mendirikan rumah tangga.

“Pernah saya sedang mencuci rambut seorang diri, saya dapat rasakan hendak terkena serangan itu, terus saya bilas rambut dan pergi ke mamak.

“Apabila terkena serangan itu, saya akan seperti semput dan sukar bernafas,” katanya.

Tambahnya, ketika itu dia diuji dengan masalah rumah tangga sehingga membawa kepada perceraian namun pada masa yang sama masih perlu menghiburkan peminatnya.

Bagaimanapun, Ropie berkata, dia berjaya bangkit semula kerana sedar tugasnya sebagai pelawak adalah satu tanggungjawab besar dan tidak boleh disia-siakan.

“Jadi apabila ada masalah timbul, saya akan pastikan diri bertenang dan perlu teruskan tugas hakiki untuk melawak. Saya pegang prinsip perlu profesional dan kena siapkan kerja sampai habis kerana saya dibayar untuk melakukannya.

“Alhamdulilah, saya juga sudah bertemu dengan isteri yang banyak menjadi sumber kekuatan saya. Dia memberikan sokongan yang banyak membantu saya,” katanya.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*