Puteri Sarah Akui Dia Masih ‘Diganggu’ Walaupun Sudah Bercerai

Pelakon, Puteri Sarah akui dia masih lagi menerima gangguan di media sosial walaupun konflik rumah tangganya sudah selesai.

Sebab saya pun dah ‘move on’ dan gembira dengan kehidupan saya sekarang. Jadi, apa-apa je lah.

Menjawab soal gelaran yang diberikan kepadanya seperti janda meletup, Sarah menyatakan dia tidak kisah dengan perkara sebegitu kerana dia pernah berhadapan dengan gelaran yang lebih teruk.

Sarah tak kisahlah korang nak cakap saya apa pun cakaplah. Terpulanglah, itu hak korang. Jadi, kita hanya ketawa sajalah.

Nak cakap apa, cakaplah sebab saya pernah berdepan dengan yang lebih buruk.

Sementara itu, Sarah juga berkongsi bahawa dia kini memiliki perniagaan bersama rakan kongsinya di Jakarta, Indonesia.

Tambahan, aktres itu juga memberitahu dia ingin berehat selepas selesai menjalani penggambaran sebuah drama yang memiliki 100 episod.

Saya ada perniagaan sebenarnya di sana (Jakarta), perniagaan baharu sekarang, Alhamdulillah saya buat bersama rakan kongsi di sana.

Buat masa sekarang, saya nak rehat sebab saya baru je habis 100 episod. Penat lapan bulan shoot. So, sekarang saya berehat dulu sambit itu saya fokus perniagaan saya.

Sebelum ini, pelakon jelita Puteri Sarah juga berdoa agar dipercepatkan pencarian jodoh seperti selebriti lain.

“No Turning Back” – Puteri Sarah Doa Dapat Jodoh Cepat Macam Nad Zainal Dan Mizz Nina

Umum sedia maklum, pelakon Puteri Sarah Liyana kini sudah sah bercerai dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof.

Sejak kembali ‘single’, ramai peminat tertanya-tanya adakah pelakon ini mahu cari pengganti. Ini jawapannya;

Menerusi sesi langsung di TikTok, Puteri Sarah memohon peminat mendoakan agar dia menemui jodoh secepatnya seperti yang berlaku kepada rakan artis iaitu Nad Zainal dan Mizz Nina.

Doakan Sarah bertemu jodoh yang baik, yang boleh sayang Sarah dan anak-anak.

Sarah bagaimanapun berpegang kepada prinsip no turning back (tak patah kembali) kepada kehidupan lama.

Sarah juga tak menolak jika bakal suaminya nanti daripada industri seni hiburan tanah air. Dia tak mahu berkata tidak kerana tak tahu apa yang sudah ditakdirkan untuknya.

Sumber: ohmedia.my

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.