“Saya tak nak komen buat masa ini,” ini jawapan ringkas penyanyi popular era 90-an, To’ki mengenai dakwaan enggan membayar tunggakan sewa rumah mencecah RM3,600 hingga diberikan notis keluar.
To’ki, 58, atau nama sebenarnya, Mohd Zaki Mansur didakwa mengganggu jiran kerana bertukang di tengah malam, selain membiarkan kawasan persekitaran rumah kotor.
Harian Metro sebelum ini mendedahkan dakwaan pemilik rumah, Liza Mohamad, 46, yang membuat laporan polis terhadap penyanyi lagu Seni Berzaman itu.
To’ki ketika dihubungi berkata, dia masih tinggal di rumah itu.
Menurutnya, dia masih menunggu makluman daripada pihak Baitulmal selepas pihak berkenaan memberi jaminan akan mendapatkan tempat tinggal baharu untuk dirinya sekeluarga dengan segera.
“Ya, saya masih duduk di sini (rumah sewa) lagi. Saya masih menunggu makluman terbaharu daripada pihak Baitulmal sebab mereka akan carikan rumah sewa baharu untuk saya.
“Insya-Allah, hari ni saya ada temu janji dengan mereka,” katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan To’ki sudah tidak membayar sewa rumah sebanyak RM900 sebulan dan kini tertunggak dari Jun sehingga September.
Selain itu, bil elektrik juga tidak pernah dibayar yang kini mencecah RM7,000.
Malah, notis mengosongkan rumah itu juga difahamkan sudah diberi dan diterima oleh isteri To’ki, namun tidak diendahkan dan mereka kekal duduk di rumah itu.
Bagaimanapun, pemilik rumah memberi kebenaran kepada To’ki tinggal di rumah itu sehingga 31 Oktober ini selepas pertemuan bersama pegawai dari Baitulmal.
Baitulmal juga sudah melangsaikan tunggakan sewa dan bil elektrik itu.
Sebelum ini hangat diperkatakan di media sosial mengenai kisah seorang penyanyi lelaki era 90-an yang didakwa enggan membayar tunggakan sewa rumah dan bil elektrik mencecah hampir RM10,000.
‘Saya masih duduk di sini’
Susulan daripada itu, penyanyi iaitu To’ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur yang didakwa merupakan individu yang dimaksudkan enggan mengulas lebih lanjut berhubung perkara terbabit.
Bukan itu sahaja, pelantun lagu Seni Berazam yang kini berusia 58 tahun, turut menjelaskan bahawa dia masih tinggal di rumah tersebut sementara menunggu makluman daripada pihak Baitulmal.
Ya, saya masih duduk di sini (rumah sewa) lagi. Saya masih menunggu makluman terbaharu daripada pihak Baitulmal sebab mereka akan carikan rumah sewa baharu untuk saya. Insya-Allah, hari ni saya ada temu janji dengan mereka.
Terdahulu, media melaporkan To’Ki didakwa tidak membayar sewa rumah sejak Jun lalu malah penyanyi itu juga difahamkan tidak mengendahkan notis mengosongkan rumah yang diberi.
Bukan itu sahaja, To’Ki kemudian didakwa sering mengganggu jiran kerana bertukang di tengah malam selain membiarkan kawasan persekitaran rumah itu kotor.
Difahamkan, pihak Baitulmal sudah melangsaikan tunggakan sewa dan bil elektrik kepada tuan rumah.
Sumber: Harian Metro via ohbulan
Leave a Reply