“16 tahun msih blm diketahui..”- Nurin Jazlin dibunuh kejam, Ayah Arwh akhirnya dedah Kisah sebenar..

Kuala Lumpur: “Memang itu (ucapan ulang tahun kelahiran Nurin Jazlin) rutin saya setiap tahun, mana mungkin saya lupa tarikh 11 September Kak Ngah dilahirkan.

Kalau Kak Ngah ada, tentu sekarang dia membesar menjadi anak gadis saya berumur 24 tahun,” kata Jazimin Abdul Jalil.

Jazimin kembali mencuri tumpuan selepas memuat naik ucapan menyentuh hati bersama sekeping gambar Nurin Jazlin sempena ulang tahun kelahirannya ke-24 di TikTok dan Facebook, Isnin lalu.

Jazimin, 49, ketika dihubungi Harian Metro berkata, ucapan berkenaan sebagai tanda ingatan seorang bapa yang merindukan anaknya.

Nurin Jazlin atau mesra disapa keluarganya Kak Ngah disahkan meninggal dunia dalam pembunuhan kejam pada 2007.

“Saya hargai dan berterima kasih atas setiap doa dan ucapan baik-baik oleh rakyat Malaysia, malah saya terharu kerana mereka juga mahu pelaku di bawa ke muka keadilan.

“Jujurnya sehingga ke saat ini, saya bapanya lebih lagi mengharapkan pihak berkuasa dapat menjejaki pelaku pembunuhan kejam arwah anak saya itu.

“Sekarang umur saya nak masuk 50 tahun, saya pun tidak tahu sampai bila akan hidup lagi tetapi selagi ada hayat, saya mahu keadilan ditegakkan dan melihat sendiri manusia mana tergamak bunuh anak saya dengan begitu kejam sekali,” katanya.

Jazimin berkata, dia memohon Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan dalam menyelesaikan kes pembunuhan anaknya berikutan pelakunya belum dapat dijejaki.

“Jika ada peluang saya sendiri mahu jumpa Perdana Menteri supaya kes anak saya dapat diselesaikan dan pelakunya dapat dikesan segera.

“Selagi tidak tahu siapa pembunuhnya, selagi itu saya tidak puas hati dan tenang kerana cara kematiannya tidak dapat diterima akal dan jika ini berlaku kepada orang lain, saya yakin keluarga mangsa juga dapat merasai apa yang saya alami sampai sekarang,” katanya.

Nurin Jazlin dilaporkan hilang ketika keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini, pada jam 8 malam, 20 Ogos 2007.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*