Cuba bincang nak bayar hutang tapi Kakak ipar t0lak, Rupanya Ini yang Ali cakap

Baru-baru ini, pelawak Ali Puteh menyangkal dakwaan balu arwah abangnya, Siti Norhidayah bahawa dia tidak berusaha untuk melangsaikan hutang.

Sewaktu dihubungi oleh pihak Boom, pelawak itu akui kesal dengan kenyataan Hidayah seolah-olah menggambarkan dirinya ‘lari’ dari mahu membayar hutang.

Saya sudah cuba bayar hutang (denda mahkamah) tersebut tetapi ditolak kerana dia hanya mahukan bayaran secara tunai.

Difahamkan, Ali sudah cuba berkrompomi untuk selesaikan hutang terbabit dengan harta benda yang ada kerana itu sahaja jalan yang dimiliki.

Katanya lagi, biarpun sudah dinilai hitung semua benda, harta yang dimiliki masih belum cukup dan perlu membayar lebihan dengan wang tunai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Ali (@aliputeh_official)

Janganlah buat macam saya ni tidak berusaha atau buat tak tahu.. Saya tak faham bagaimana lagi caranya, apa yang dia mahu.

Tambahan pelawak itu, dengan keadaan terkini yang tidak mempunyai tawaran berlakon, jadi mustahil untuk Ali membayar wang hutang yang dituntut secara tunai.

Ali turut sempat menasihati Hidayah agar berhenti daripada memutar-belitkan kenyataan hingga membuatkan namanya buruk.

Sumber : Beautifulnra

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*