
Baru-baru ini, perkongsian pelakon Fauzi Nawawi menjadi perhatian apabila memaparkan aktor itu sebak ketika menghantar isterinya, Lisdawati menunaikan ibadah Haji.
Memetik mStar Online, Fauzi berkata dia sebak kerana isterinya itu ada meninggalkan pesanan meminta menjaga anak jika dia tidak kembali sebelum berangkat ke Tahah Suci Mekah. Malah, Fauzi berkata dia tidak pernah berjauhan lama dengan isterinya itu.
“Dia ada tinggalkan pesanan sebelum pergi tu, kalau dia pergi tak kembali jadi dia minta saya jaga anak-anak dan jaga keluarga dengan baik dan itu buatkan saya sebak sebab kebanyakan yang pergi sana semua berniat untuk meninggal dunia di tanah suci Mekah.
“Siapa je tak sebakkan? Saya tak pernah berenggang lama dengannya. Isteri pergi selama 46 hari, dia (Lisdawati) dapat keputusan pergi pun mengejut daripada pihak Tabung Haji dan tawaran itu tak boleh nak lepaskan,” katanya.
Dalam pada itu, Fauzi berkata dia yang menguruskan anak-anak di rumah serta persekolahan mereka sepanjang isterinya mengerjakan ibadah Haji.
“Saya tak mampu nak ikut isteri cuma saya boleh doakan sebab tak ada orang nak uruskan anak-anak dekat rumah, walaupun hati tu berat tapi saya paksa diri untuk relakkan,” katanya.
PELUANG menunaikan ibadah haji baru-baru ini banyak mengubah diri dramatis Lisdawati ke arah lebih baik.
Lisdawati atau Nisdawati Nazaruddin, 45, berkata, dia kembali ke tanah air dalam keadaan lebih tenang selain positif tentang kehidupan berbanding sebelum ke Tanah Suci Makkah.
“Alhamdulillah walapun cuaca dekat sana panas tapi saya balik dalam keadaan sihat. Perubahan itu memang ada tapi saya rasa biarlah ia menjadi perkara peribadi.
“Cuma sepanjang perjalanan pergi dan pulang ke Makkah, banyak perkara yang saya belajar terutamanya tentang diri saya sendiri.
“Kalau sebelum ini apa yang berlaku saya mudah menangis tapi sekarang hati saya cepat reda,” katanya kepada mStar.
Isteri kepada aktor Fauzi Nawawi ini juga mengakui ada berdepan pelbagai ujian ketika di Tanah Suci Makkah namun semuanya dilalui dengan tenang serta sabar selain meletakkan diri sepenuhnya kepada Allah SWT.
Lisdawati yang pulang ke tanah air awal Julai lalu memberitahu dia kini sedang menuju perubahan lebih baik.
“Menunaikan ibadah haji melalui Muassasah Tabung Haji, ujian dia lebih sikit berbanding melalui pakej swasta.
“Bagi saya ibadah haji ini sebenarnya berat bukan sekadar pergi dan pulang sebaliknya ia proses membuka lembaran baru dalam kehidupan.
“Jadi saya sekarang macam dalam proses mencari jalan pulang… dunia tetap ada sebab saya ada keluarga cuma saya seimbangkan.
“Disebabkan itu juga mungkin saya rasa lebih tenang,” jelasnya.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply