Dah mula makan hati? Syamsul akhirnya dedah pendirian trhadap Puteri sarah

Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan bahawa dia ada meminta pendapat bekas suami, Syamsul Yusof berkenaan hasratnya untuk menyaman bekas kakak ipar Ira Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan.

Ujar Puteri Sarah, dia ada menghubungi Syamsul dan berbincang tentang apa yang patut dilakukannya kerana perbuatan Wiwi itu telah menjejaskan imejnya.

Saya baru dapat tahu info tentang wanita berkenaan masih lagi bercakap tentang saya di media sosial pada hari saya baru habis tempoh edah.

Saya hubungi Syamsul dan tanya dia apa nak buat? Kita dah tak ada masalah tapi orang lain pula yang ada masalah dengan kita.

Kalau saya tak buat sesuatu, perkara ini akan berpanjangan dan akan menjejaskan imej saya, jadi Syamsul kata pada saya, awak buatlah apa yang awak nak buat, saya okay sahaja.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut mendapatkan pandangan bekas ibu bapa mentuanya dan mereka turut memberikan keizinan untuk dia berbuat demikian.

Kali ini saya memang buat betul-betul (saman) dan tak akan tarik semula. Dulu saya tarik saman kerana saya dan Syamsul mencapai kata persetujuan supaya kami boleh hidup dengan tenang.

Puteri Sarah juga berkata wanita berkenaan ada menghubunginya namun tidak membalas sebarang mesej dan menyerahkan perkara itu kepada peguam kerana bimbang timbul isu yang lain pula.

Terdahulu, Puteri Sarah memaklumkan bahawa dia ada mengeluarkan penyata tuntutan kerana memfitnah termasuk injuksi terhadap Wiwi Davinda Mazwena Mazlan menerusi peguam, Datuk Akberdin Abdul Kadir.

Difahamkan, Wiwi didakwa telah mengeluarkan kenyataan tidak wajar melibatkan dirinya di Instagram.

Sumber : Beautifulnr

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*