
Balu pengarah tersohor, Allahyarham Mamat Khalid iaitu Hasmah Hassan menitiskan air mata apabila Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, Bell Ngasri tidak melupakan suaminya.
Hasmah berkata, dia hanya mengetahui mengenai perkara itu, subuh tadi selepas membaca hantaran WhatsApp peminat arwah suaminya.
Katanya, dia menerima banyak panggilan telefon tidak sempat menjawab kerana sudah tertidur, semalam.
“Saya tidak menonton televisyen (TV) kerana sudah tertidur, jadi banyak panggilan tidak dapat dijawab.
“Apabila buka sahaja telefon pagi tadi, rupanya panggilan telefon daripada peminat yang teruja bila Bell menyebut nama arwah.
“Meleleh air mata saya apabila peminat turut berkongsi video temubual Bell,” katanya kepada BH Online.
Tambah Hasmah, dia dan keluarga tidak mengharapkan artis yang pernah bekerja dengan arwah membalas jasa pernah dicurahkan pengarah telefilem 16 Puasa, 17 Puasa dan 18 Puasa itu.
Namun, katanya, jika ada yang masih mengingati jasa arwah yang menghembuskan nafas terakhir pada Oktober 2021 itu, mereka sekeluarga amat berbesar hati.
“Kami tidak kisah sama ada mereka kenang atau tidak jasa arwah.
“Bagi yang masih mengingati arwah, semoga Allah memberikan rezeki melimpah ruah buat mereka,” katanya.
Ujar Hasmah lagi, Bell sudah berlakon lebih 10 karya di bawah arahan arwah.
“Arwah sengaja mencipta satu watak untuk Bell yang boleh melekat di hati peminat.
“Nampaknya watak Barkoba, duta kepada orang yang tidak berpuasa ini menjadi,” kata Hasmah lagi.
Terdahulu, Bell ketika membuat ucapan selepas menggenggam trofi Bintang Paling Popular, ABPBH 35 tidak lupa mengucapkan penghargaannya buat arwah.
“Tak lupa juga pencipta watak Barkoba iaitu Allahyarham Mamat Khalid. Saya tak pernah lupakan jasanya.
“Arwah sentiasa dalam doa saya. Yak Yak Yeay!,” katanya yang turut menggondol trofi Artis Komedi Popular.
Allahyarham Mamat atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid menghembuskan nafas terakhir pada usia 58 tahun ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River, Perak pada 24 Oktober 2021, jam 12.30 tengah malam.
Sumber : BHarian
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply