“Sebab Dia Memang Orang Sini” Maryam Mahu Besarkan Anak Ikut Budaya Melayu!

Meskipun berasal dari Korea Selatan namun selebriti media sosial, Maryam Youranae, isteri kepada Ryzal Ibrahim mahu membesarkan anaknya Rina, sebagai anak Melayu di negara ini.

Pun begitu kata Maryam, biarpu memilih untuk mendedahkan Rina dengan dunia kemelayuan namun dia tidak mahu Rina terkebelakang dan langsung tidak tahu akan darah Korea yang mengalir dalam tubuhnya.

“Saya nak dia membesar sebagai Melayu sebab dia lahir di Malaysia dan dia memang orang sinilah. Kalau budaya Korea, sekurang-kurangnya dia tahulah.

“Tahu pasal sedikit sejarah, cukuplah. Tapi saya memang nak dia lebih menjadi Melayu,” katanya berkongsi menerusi Harian Metro.

Buat permulaan ini kata Maryam, dia dan suami sebolehnya cuba mendedahkan anak sulung mereka dengan dua bahasa ini serentak.

Malah selesa bertutur bahasa itu dalam berkomunikasi dengan anaknya kerana ia lebih efektif kepada anaknya.

“Saya cakap Melayu dan Korea juga dengan dia. Tapi kebanyakan masa saya akan cakap Korea sebab bila cakap bahasa ibunda sendiri, saya dapat ekspresikan sayang itu dengan lebih lagi.

“Kalau cakap Inggeris atau bahasa Melayu, rasa tak sampai sangat,” katanya.

Bercerita mengenai hidup baru dan kepopularitinya di negara ini, akui Maryam dia percaya pada jodoh dan rezeki yang ditetapkan oleh Allah.

“Saya cuma penjual roti sebelum ini dan bila jumpa Ryzal, dia yang mengajar saya buat ‘content’.

“Saya yang selalu minta Ryzal bawa saya ke Malaysia. Bawa saya keluar dari kesusahan hidup saya (di Korea) dan dia buat.

“Sudah memang jodoh kami, jadi kami saling melengkapi sesama sendiri. Kami jadi popular pun sebab rezeki dan ada bakat,” katanya.

sumber: hm

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*