Pelakon Mawar Rashid mencuri perhatian selepas berkongsi sepotong video pendek menunjukkan dia sedang menangis teresak-esak.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Mawar atau nama penuhnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, tidak dapat menahan sebak selepas berkongsi beberapa hantaran membabitkan isu Palestin di platform berkenaan.
Malah, menerusi video tersebut, dia juga sempat mempersoalkan tindakan pihak Israel yang dianggap sebagai tidak mempunyai perikemanusiaan atas tindakan kejam yang dilakukan terhadap penduduk Gaza.
“Where is your humanity,” tulisnya pada kapsyen video berkenaan.
Terdahulu, Mawar bertindak memadam foto ‘free hair’ dan memuat naik beberapa foto berkenaan Palestin di Instagram miliknya.
Leave a Reply