Sudah 6 tahun berjuang, isteri pertama Abang Tesla ‘meletup’ luah hal rmh tgga dlm live.

ISTERI pertama personaliti media sosial Abang Tesla iaitu Nurmajdina mendedahkan membayar lebih daripada RM30,000 sepanjang menjalani rawatan persenyawaan in vitro (IVF).

Menceritakan pengalamannya, Majdina memberitahu kedua-dua rawatan IVF yang dilakukan bagaimanapun tidak membuahkan hasil.

“Pembedahan untuk pemindahan dah dua kali, kos dia mahal. Saya rasa lebih RM30,000.

Majdina berkongsi perkara itu menerusi sesi live di TikTok.

“Kali pertama IVF tu tak jadi, kali kedua jadi tapi tak lama,” katanya.

Majdina berkongsi perkara itu menerusi sesi siaran langsung di laman TikTok pada Rabu.

Mengakui perjalanannya sukar, Majdina turut memberitahu dia berjuang untuk mendapatkan zuriat selama enam tahun.

Sementara itu, rata-rata netizen bersimpati terhadap nasib Majdina malah ramai yang menitipkan doa buat wanita itu.

Sebelum ini, Majdina memuat naik status menyelar tomahan segelintir pihak yang menghina dirinya mandul.

Malah Majdina turut mendakwa wujud pihak ketiga yang menggangu proses IVF sehingga dia mengalami keguguran.

Majdina mendedahkan dirinya pernah mengalami keguguran.

Pada Isnin lalu, Abang Tesla atau Muhammad Khal Iltizzam Yusry, 29, mendedahkan isteri keduanya selamat melahirkan cahaya mata sulung.

Pada Ogos tahun lalu, nama abang Tesla menjadi bualan hangat selepas dia memuat naik video di aplikasi TikTok mengumumkan dia sudah berkahwin dua.

Bagaimanapun, perkahwinan keduanya itu sudah pun mendapat restu Majdina.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*