“Bell rupanya dh ada kereta..”- Sepatutnya Bell dpt kereta Mercedes dua pintu, tapi penaja terpaksa tukar

PEMILIK syarikat kenderaan DTC Motors iaitu Afendy Wahid memohon maaf jika ada pihak tidak berpuas hati dengan hadiah kereta jenama Mini Cooper Clubman yang diberikan kepada pelakon Bell Ngasri.

Kata Afendy, dia ikhlas mahu menghadiahkan kereta mewah itu sebagai penghargaan kepada Bell yang telah menghiburkan rakyat Malaysia selama 37 tahun.

“Pertama sekali saya nak memohon maaf kalau ada di luar sana macam tidak berpuas hati.

“Hadiah ini memang ikhlas daripada saya, saya tak pernah merancang (hadiahkan kereta kepada Bell Ngasri), memang secara spontan… kebetulan pula Khairy Jamaluddin uar-uarkan di Hot FM sebelum itu.

“Saya mewakili pihak syarikat DTC Motors dan Femar Sdn Bhd memang seikhlas hati mahu menghadiahkan Bell sebuah kereta.

“Selama 37 tahun Bell menghiburkan rakyat Malaysia tanpa penat lelah dan inilah masanya untuk hargai dia, dengan berkongsi rezeki mana tahu ada juga rezeki untuk kami,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Afendy turut memberitahu pada awalnya dia mahu memberikan hadiah kereta jenama Mercedes Benz E Class Coupe kepada pelawak berkenaan.

Namun, pihaknya menukar kepada Mini Cooper memandangkan kenderaan tersebut kurang sesuai untuk Bell yang sudah berkeluarga.

Dalam perkembangan lain, Afendy memberitahu sempena meraikan Bell Ngasri, syarikat DTC Motors mahu memberikan diskaun sehingga RM50,000 mengikut jenis kereta buat pembeli bermula 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2023.

PEMENANG Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke- 35 (ABPBH35), Bell Ngasri menerima kereta jenama Mini Cooper Clubman tajaan syarikat kenderaan DTC Motors pada pagi Isnin.

Bell atau nama Ngasrizal Ngasri, 43, berkata dia terlalu gembira kerana ini kali pertama dia menerima hadiah mewah dalam hidupnya.

Malah, Bell memberitahu dia tidak boleh tidur lena kerana terlalu teruja memikirkan mengenai hadiah berkenaan.

“Saya tak tahu nak cakap, ini pertama kali saya dapat hadiah sebesar ini. Dapat kereta apa pun saya tetap seronok sebab ia percuma. Kalau DTC Motors bagi saya (Perodua) Kancil pun saya seronok.

“Tapi dia bagi saya kereta ini (Mini Cooper)… memang saya suka!

“Semalam seharian saya di Pulau Pinang, balik malam tadi saya tak boleh tidur sebab terlalu berdebar… dapat tidur sejam dua sahaja tapi mengigau pula,” katanya.

Bell berkongsi perkara itu semasa penyerahan kereta di DTC Motors yang berlangsung di Ampang, Kuala Lumpur.

Kereta mewah tersebut diserahkan oleh pemilik DTC Motors, Afendy Wahid diiringi penyampai radio Hot FM iaitu Khairy Jamaluddin

Dalam pada itu, Bell mengakui kenderaan yang diterima itu merupakan kereta idamannya selama ini.

“Alhamdulillah ini kereta idaman saya selama ini. Ini semua kuasa dan anugerah Allah. Terima kasih banyak.

“Anugerah ABPBH35 adalah anugerah terbesar yang pernah saya terima dan bertambah dasyat bila dapat sebuah kereta,” ujarnya.

Sebelum ini menerusi temubual bersama mStar, Afendy memaklumkan kereta tersebut bernilai RM200,000 yang mana termasuk jaminan dan aksesori tambahan.

Kata Afendy, hasrat untuk menaja Bell berlaku secara spontan selepas melihat tiada sebarang pihak berbuat demikian.

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*