Tular gambar Shakilla Khoriri laga kepala, lentok di dada suami orang …

PELAKON Shakilla Khoriri tidak terkejut dituduh menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki berstatus suami orang dan menganggap tohmahan seperti itu perkara biasa sejak dia bercerai dua tahun lalu.

Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 34, berkata, sebagai seorang selebriti dia perlu bertemu dengan ramai orang atas tujuan kerja dan disebabkan itu mungkin ada individu salah sangka terhadapnya.

“Sejak kembali solo dan tidak terikat dengan mana-mana hubungan, saya berjumpa dengan ramai orang… lebih-lebih lagi sekarang saya sudah ada bisnes sendiri.

“Kelompok kawan saya sekarang sudah berubah dan bukan hanya dalam kalangan selebriti.

Foto yang dikirim kepada mStar.

“Adakalanya saya perlu berjumpa penerbit bagi tujuan kerja tapi orang salah sangka mengatakan saya keluar dengan suami orang,” katanya ketika dihubungi mStar.

Shakilla menjelaskan perkara itu sebagai respons mStar menerima kiriman e-mel daripada individu tidak dikenali mendakwa aktres berkenaan sedang hangat menjalinkan hubungan dengan suami orang.

Menurut sumber itu lagi, lelaki tersebut seorang ahli perniagaan dan pernah mengikuti Shakilla ke Sabah bagi menjalani penggambaran sebuah program televisyen.

Malah pengirim e-mel tersebut turut menyertakan beberapa keping foto mesra Shakilla dan lelaki berkenaan.

Dalam pada itu, pelakon drama Adam dan Hawa ini tidak menolak jika ada pihak berasa kurang senang sehingga ingin menjatuhkan reputasinya dengan menghantar e-mel berkenaan.

Kalau ada masalah, boleh saja terus hubungi saya tanpa perbesarkan isu tersebut.
SHAKILLA KHORIRI
PELAKON
“Saya rasa ada individu di sebalik perkara ini dan dia mengenali siapa saya. Kalau ada masalah, boleh saja terus hubungi saya tanpa perbesarkan isu tersebut.

“Jumpa saya terus sebab fitnah yang disebarkan ini sangat melampau,” jelasnya.

Sementara itu, Shakilla berkata, sebelum ini dia enggan mengambil pusing terhadap tohmahan dilemparkan terhadapnya kerana enggan memberi kesan kepada keluarga.

Namun katanya, keadaan semakin tidak terkawal sehingga fitnah lebih besar dilemparkan terhadapnya apabila dia pilih mendiamkan diri.

shakilla3 – 1

Shakilla mendakwa dirinya difitnah.

“Sebenarnya saya malas nak layan tapi bila saya diam, mereka (penyebar fitnah) melampaui batas.

“Saya rasa tak perlu saya keruhkan keadaan kerana ia akan memberi kesan buat keluarga, terutamanya anak perempuan sya,” katanya.

Untuk rekod, sebelum ini Shakilla pernah mendirikan rumah tangga dengan penyampai radio Fizi Ali atau Mohd Hafizudin Alimudin, 34, pada 18 Februari 2018 namun berpisah pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*