Susulan Kontroversi Menimpa Noor Nabila,Lama Berdiam Diri Akhirnya Bekas Suami,Sharnaaz Ahmad Buka Mulut Ulas Sesuatu

KUALA LUMPUR : Pelakon dan bekas suami Noor Nabila, Sharnaaz Ahmad, 38,menyifatkan bekas isterinya itu seorang wanita yang tabah terutama dalam mengharungi ujian hidup apabila buat kali keduanya gagal dalam alam perkahwinan.

Menurut Sharnaaz dalam satu video siaran langsung di media sosial, dia yakin Nabila juga tidak mahu melalui pengalaman perceraian buat kali kedua namun reda dengan ketentuan takdir.

“Bagi saya, dia wanita kuat dan memang kena hadap benda-benda begini, nak buat macam mana.

“Bukannya kita minta, kalau kita minta lainlah. Memang akan ada benda tak kena dalam hidup, jadi kena terima,” katanya dalam siaran langsung Instagram hari ini.

Dalam pada itu, bintang filem Polis Evo 3 itu juga percaya setiap ujian pasti akan ada sinar di kemudian hari.

“Tuhan beri kita macam-macam. Apabila Dia beri yang baik, kita buat-buat tak nampak tetapi apabila Dia beri yang tidak seronok, kita nampak pula.

“Dia tarik nikmat dan buat kita rasa pening sikit untuk memberi sinar lain dalam hidup. Selalulah fikir positif,” jelasnya.

Sementara itu, Sharnazz turut mengingatkan orang ramai agar tidak campur tangan dan melemparkan sebarang tanggapan negatif terhadap masalah individu lain.

“Kadang-kadang sebagai manusia, jangan menyibuk sangat hal orang sebab hal sendiri pun tak tahu apa akan jadi nanti.

“Jangan terlalu ‘over’ sibuk pasal hal orang dengan buat andaian. Tuhan pun akan balas semula apa yang kita kutuk orang lain.

“Apa sahaja yang kita bercakap pada orang, Tuhan akan beri semula hal sama kepada kita,” katanya.

Hari ini, Nabila dan Engku Emran sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Kuala Lumpur pada pukul 12.51 tengah hari tadi.

Baru-baru ini, Nabila mendedahkan bakal bercerai dalam waktu terdekat selepas Emran menyatakan hasrat untuk tidak meneruskan rumah tangga yang dibina sejak Mac 2021.

Terdahulu, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres terkenal, Erra Fazira dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya.

Kemudian, dia juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*