Khabar Duka, ‘Influencer’ Terkenal Sifu Lentik Meninggal Dunia Sebentar Tadi. Al-Fatihah

Mohd Irfan Abdullah, 31, atau lebih dikenali sebagai Sifu Kunyit @ Sifu Lentik Kosmetik Hq dikhabarkan telah meninggal dunia pada petang tadi 14 Jun 2023, Rabu.

Melalui perkongsian pengguna media sosial facebook bernama Azie Nawawi, dia berkata:

Innalillahiwainnailaihirajiu’un

Client saya yang juga seorang influencer dan usahawan kosmetik baru sahaja meninggal dunia.

Sepanjang berurusan dan menyewa kondo yang kami uruskan, beliau sangat baik dan tidak memberi sebarang masalah kepada vendor.

Orangnya masih muda. Mengikut sumber, punca kematian disebabkan oleh ketumbuhan dalam otak yang baru dikenal pasti sebulan dua ni.

Allahuakbar, semoga menjadi ibrah untuk kita semua. Doakan yang baik-baik untuk Muhamad Irfan Bin Abdullah (Sifu Lentik #sifulentik)

Al Fatihah, Sifu Kunyit Meninggal Dunia

Rata-rata pengguna media sosial memberikan ucapan takziah kepada ahli keluarga Sifu Kunyit @ Sifu Lentik di atas pemergiannya.

Tambah lagi, seorang lagi pengguna facebook bernama Wan Nik turut membuat posting terbaru yang berbunyi:

Duka cita sifu kunyit atau sifu lentik..telah meninggal dunia pada pukul 5 petang xdi di hospital K.l…arwoh akan di ke bumikan disana.sama2 kito sedekoh Al fatihah pada Sifu Kunyit HQSifu Lentik Kosmetik HqIka EkoraMuhamad Norhisham Harun

Abe nik mtk mf Kalu slmo perkenalan kito ado slh silap deh..mace x cayo lagi ni Sifu xdok😭😭..baru niat minggu depe nk g nawak sifu..abe nik xkn lupo suko hila kito skli dlu..xpi apa kan daya Allah lebih syg ko sifu lagi..dah sapa maso sifu rehat secukup nya…smga amalan Dan amal kebaikan sifu di terima allah..moga sifu di tempatkn bersama2 org2 beriman dan soleh Amin…AL-FATIHAH

Untuk pengetahuan semua, Sifu Kunyit atau nama sebenarnya Mohd Irfan Abdullah menjalankan perniagaan dalam talian dengan menjual kosmetik, barang kemas dan pakaian, selain aktif membuat ‘live’ di laman sosial, Facebook.

Sama-sama kita mendoakan Sifu Kunyit supaya berada dalam golongan orang-orang yang beriman dan diampunkan segala dosa-dosanya selama ini. Semoga beliau tenang di alam sana. Sesungguhnya kematian itu datang dengan tiba-tiba dan tiada siapapun yang dapat mengetahuinya.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*