Baru-baru ini, hangat diperkatakan tentang isu rumah tangga selebriti-selebriti yang diganggu oleh orang ketiga.
Meluahkan rasa geram, pelakon Syatilla Melvin memberi pesanan kepada perosak rumah tangga atau digelar sebagai penyondol.
Menerusi perkongsian di TikTok @majalahwanita, dia menggelarkan golongan penyondol ini seperti rancangan kartun kanak-kanak popular, Peppa Pig iaitu haiwan sejenis babi.
Malah, dia menegaskan kifarah pasti akan datang kepada mereka yang mengganggu kebahagiaan orang lain.
“Heh penyondol-penyondol yang spesis Peppa Pig ni, hampa tolong lah sedar diri. Hampa tolong lah percaya kepada karma.
“Hari ni hang buat orang, esok lusa tulat hampa akan kena terduduk tersungkur. Itu je aku nak cakap,” ujarnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pesanan yang diberikan Syatilla dan terhibur dengan gelaran kartun tersebut.
“Peppa Pig weh hahahaha, ngam.
“Kifarah tu tak kena dekat dia mungkin anak perempuan dia.
“Betui. Doa orang teraniaya tu Allah makbul,” komen netizen.
Leave a Reply