Tak Mampu Bayar Sewa, Budak 11 Tahun Sorong Nenek Hidap Strok Sejauh 20KM

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang dipikul. Itulah gambaran boleh diumpakan setelah melihat nasib seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun hidup bersama neneknya yang sudah uzur.

Apa yang lebih meruntunkan jiwa adalah kesanggupan kanak-kanak tersebut menolak neneknya yang menghidap penyakit strok atau turut dikenali angin ahmar sejauh 20km kerana tidak mampu membayar sewa rumah.

Sorong nenek uzur dari Kok Lanas ke Kg Batu 8

Menerusi hantaran dikongsikan oleh Khidmat Komuniti Irdk dalam hantaran Facebook, kanak-kanak kurang bernasib baik itu terpaksa menyorong neneknya dari Kok Lanas ke Kg Batu 8, Jalan Kuala Krai, Kelantan dengan menggunanakan kerusi roda rosak.

Menurut pengguna tersebut, budak lelaki tersebut terpaksa berbuat demikian selepas mereka tidak mampu membayar sewa rumah sejak beberapa bulan selepas nenek diserang angin ahmar.

“Sebelum ini, neneknya bekerja sebagai seorang pencari besi buruk setelah kematian suaminya beberapa tahun lalu,”maklumnya.

Terpaksa tumpang di bahagian dapur rumah arwah ibu tiri

Difahamkan, mereka kini sedang berlindung di bahagian dapur rumah arwah ibu tiri kanak-kanak tersebut buat sementara waktu selain mengharapkan belas ihsan jiran-jiran.

Katanya lagi, mereka dua beranak ini amat memerlukan bantuan dari segi lampin dewasa, barangan dapur dan basikal bagi memudahkan urusan harian.

“Dari pemerhatian penulis, pesakit ini amat memerlukan lampin dewasa. Bayangkan 5 pek lamping dewasa pun sudah berharga RM100 lebih. Barangan dapur kerana jiran-jiran boleh tolong masakkan untuk mereka.

“Basikal kerana cucunya terpaksa berjalan kaki jauh juga untuk membuang lampin pakai buang neneknya di tong sampah,”tulisnya.

Dalam pada itu, dia turut memohon doa orang ramai agar segala urusan dua beranak itu dipermudahkan.

Berat ujian si adik, moga dipermudahkan urusan…

Rata-rata warganet turut bersimpati dan terkesan dengan nasib malang menimpa dua beranak tersebut selain turut mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan.

Sumber: Facebook Irdk services, ohmymedia

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*