Sudah cuba menjadi seorang majikan yang baik, siapa sangka usahawan terkenal, Kieda malah dikhianati oleh pekerjanya sendiri setelah mereka didapati menubuhkan sebuah group chat bagi tujuan ‘kutuk belakang’. Dalam pendedahan sebelum ini, Kieda secara baik meminta seramai 12 orang staf menghantar notis berhenti kerja 24 jam.
Yang ada dalam grup, depa ajak “dapat gaji ni kita sama-sama cau”
Enggan ada fitnah lain tersebar, Kieda tampil memberikan penjelasan penuh di sebalik tindakan pemecatan itu. Awal cerita, Kieda sebelum ini telah membuat rombakan posisi kerja dan pernah menegur perbuatan segelintir staf yang dilihat sudah mula berpuak-puak. Lantaran tidak berpuas hati, di sinilah mereka mula membuat grup berasingan (tanpa Kieda & ketua) dan ada ‘kepala’ yang menghasut untuk berhenti kerja beramai-ramai.
Staf shaking disuruh buka chat…Saya baca, 14/11/2023 grup tu ditubuhkan
Sebelum pengkhianatan itu terbongkar, Kieda berkata jiwanya berasa sangat gelisah sejak beberapa hari kebelakangan ini. Berdoa sehabis baik untuk diberikan petunjuk, akhirnya Allah memberikan jawapan dalam satu insiden yang tak disangka-sangka. Setelah habis menunaikan solat Maghrib di kedainya kelmarin, wanita ini meminjam telefon salah seorang staf untuk membetulkan tudung. Sejurus kamera dibuka, tiba-tiba notification grup berkenaan muncul di skrin depan mata Kieda.
Kieda ada 37 orang staf…Yang buat perangai 12 orang…Takda sapa salah…Allah atur yang terbaik
Daripada 12 yang terlibat, Kieda terpaksa membuang 5 orang setelah melalui perbincangan bersama. Tidak menyalahkan sesiapa, malah peniaga ini turut mengambil pendekatan untuk muhasabah kekurangan dirinya selaku majikan. Meskipun terkilan dengan apa yang sudah terjadi, Kieda menerima dugaan itu dengan lapang dada.
@hqkiedacrepepenang Jangan terlalu banyak berkorban untuk orang lain. Kerana ada manusia yg tidak tahu berterimakasih. Peluk diri sendiri🫂 #kiedacrepe
♬ Relaxing Japanese-style piano song inviting nostalgia – Akiko Akiyama
Sumber: kisahdunla
Leave a Reply